Tuesday, December 1, 2009

kelam 2

Malam yang sunyi tanpa bintang² yang brsinar terang.
Seperti hatiku yang kini sedang kelam
Dirundung mendung yg sngat tebal..

Wahai angin laut disana
fahami jeritan hatiku yang sunyi..
Tolonglah aku dair derita yang tak kunjung usai...

Thursday, November 26, 2009

entri bukan untuk hari raya

“Dirikanlah solat dan berqurbanlah (an nahr).” (Qs. Al Kautsar: 2). Di antara tafsiran ayat ini adalah “berqurbanlah pada hari raya Idul Adha (yaumun nahr)”. Tafsiran ini diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Tholhah dari Ibnu ‘Abbas, juga menjadi pendapat ‘Atho’, Mujahid dan jumhur (majoriti) ulama.

jadi,apa yang perlu kita tunggu untuk hari-hari mendatang jika dari hari ini tiada sebarang pengorbanan kita kepada RABBUL JALIL,tuhan yang maha esa..


lakukan sebelum terlambat..


salam Aidil Adha dari saya,.







Semua manusia di dalam kebinasaan melainkan mereka yang mengajar dan belajar,
semua mereka yang mengajar dan belajar di dalam kebinasaan, melainkan yang beramal dengan ilmunya,
semua mereka yang beramal dengan ilmunya di dalam kebinasaan, melainkan mereka yang berikhlas dengan amalnya. Semua orang yang ikhlas binasa melainkan orang yang menurut petunjuk.


amar husaini ismail
10.17pm
tampin
negeri sembilan

Monday, October 5, 2009

raya-raya

musim hari raya,


musim pilihan raya,


musiim dapat duit raya,


musim juga deepa-raya,


musim bikin jalan raya,


beraya lah kita......AGAR JANGAN JUMPA HANTU RAYA!!


SELAMAT HARI RAYA...;)

Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

di kesempatan ini saya mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat,followers blog dan semua rakan-rakan seperjuangan..


moga-moga ibadah puasa pada tahun ini memberi kita peluang untuk menghayati,melatih dan mengajar kita erti kesabaran yang tinggi dalam menuntut redha ALLAH s.w.t..


moga kita mendapat berkah pada bulan Ramadhan yang mulia ini...amin ya rabbal alamin..

Tuesday, August 4, 2009

uPDATE

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang di rahmati dan di kasihi oleh ALLAH s.w.t..


pertama nya saya memohon beribu kemaafan kerana agak sibuk dengan pekerjaan,kehidupan..

blog ini akan saya hentikan penulisannnya seketika.kiranya semua sudah stabil saya akan menulis kembali..


Amar Husaini Ismail

Tuesday, June 16, 2009

DR FATHI YAKAN : TOKOH GERAKAN ISLAM DALAM KENANGAN




Akhbar Jazeera menyatakan:

Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.

Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:

Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):

بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU

Sunday, June 14, 2009

Majlis Bicara Ilmu Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al Banjari


Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu
Ulama Tersohor Nusantara


Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng,
Ampangan Km 3 Jln Jelebu
Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : Selepas Solat Maghrib

Pencinta Ilmu Dijemput Hadir

Sedikit Biodata ringkas Syeikh Nuruddin


Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kitamempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah
s.w.t.



BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :
Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).



Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.


Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At- Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah)




SUMBER : http://alqasam.blogsome.com/2007/05/15/syeikh-nuruddin-yang-saya-kenali/

: http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/06/majlis-bicara-ilmu-bersama-ulama.html

Saturday, June 13, 2009

SECUBIT DISKUSI TERHADAP PEMBANGKANG ACARA MAULID NABI S.A.W.

SECUBIT DISKUSI TERHADAP PEMBANGKANG ACARA MAULID NABI S.A.W.

Asal usul mauled dari amalan Abu Lahab???


Berkata Pembangkang.
Assalaamu'alaikum

Hari ini saya nak bincang sikit bab Abu Lahab nih, sebab nampaknya ada dikalangan kita nih penggemar amalan Abu Lahab... Abu Lahab ni nama sebenarnya adalah Abdul Uza bin Abdul Muthalib binHasyim, bapa saudara Nabi SAW, Pemuka Bani Quraish yg kaya tetapi penentang Da'wah Nabi SAW nombor Wahid.... Tapi mamat ni special gak sebab ada Surah al-Quraan guna nama dia.. hehehhehh Yakni Surah al-Lahab surah ke 111... Boleh rujuk sendirilah yek betapa Allah SWT melaknati Abu Lahab ke Neraka Jahannam. heh heeh ehh mamat camni pun boleh jadi role model.... hancusssss Mengikut ceritanya Abu Lahab ni adalah manusia yg paling Gumbira ketika hari Kelahiran Nabi SAW Lantas membebaskan Hamba abdinya yg bernama Suwaibah. Haaa... Suwaibah ni adalah wanita yg pertama menyusui Nabi SAW.. Kiranya Ibu Susuan Nabi SAW yg nombor wahid. Jadi menurut ceritanya ada seorang Imam yakni Imam al-Qurra al-Hafidz Syamsuddin al-Jaziri didalam kitabnya Urfu at-Ta'rif bi al-MaulidAsy-Syarif telah menyatakan bahawa beliau bermimpi berjumpa dgn AbuLahab dan Abu Lahab cerita kat Imam tu bahawa setiap hari Isnin siksa/azab neraka abu Lahab dikurangi kerana dia memerdekakan Suwaibah ketika Suwaibah ni memberitahu Abu Lahab kabar gembira tentang kelahiran Rasulullah SAW. So maknanya Suwaibah bagi tahu je kat Abu Lahab ni berita kelahiran Nabi SAW tu terus dia MERDEKAAAAAAAAAAA... ok..
Jawapan :

Tidak dijumpai dimana asal cerita Al-Hafiz Al- Juzari berjumpa dengan Abu Lahab, kemudian Abu Lahab bercerita pada Imam Al Juzari?, yang ada , beliau telah diberitakan oleh orang yang bermimpi berjumpa Abu Lahab dan kisah mimpi ini tidak pula dijadikan dasar perayaan menyambut mauled Nabi s.a.w.

Dalam Fathul Baari Syarah Bukhari , Imam Ibnu Hajar Al- Asqolani mencatitkan:

“Imam As- Suhaili menyebut bahawa Al -Abbas telah bermimpi bertemu Abu Lahab , Abu Lahab menceritakan tiada rehat dari seksa melainkan diringankan setiap hari Isnin. Berkata Imam Suhaili (Ini pada anggapan saya , gantinama dia (huwa) disitu dimaksudkan Imam Suhaili yg berkata, Jika bukan beliau maka Sudah Tentu Al Abbas sendiri atau Ibnu Hajar Al Asqolani sendiri yg berkata ) “Demikian itu kerana Nabi Dilahirkan pada Isnin. Suwaibah telah memberitakan khabar gembira Kelahiran Rasulullah saw , lalu ia dimerdekakan”.

Selain riwayat tersebut terdapat lagi riwayat-riwayat dari Ismaili (guru Imam Bukhari) dan Imam Abd Razzak dari Ma’mar dari Az- Zuhri dan dari Imam Bukhari sendiri yg mengatakan diringankan siksa Abu Lahab sehingga dapat menghisap sedikit air dari anak jari atau dicelah ibu jari.
Dimana pulak dijumpai cerita Al- Juzari yg mimpi?. Adakah dengan semata-mata cerita daripada Al-Jazairi saja yang menimbulkan acara mauled?.

Rujukkan:

CD Muallifat Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqolani.

Fathul Baari - juz 9 ms 145.


Pembangkang mengatakan lagi:

Jadi Riwayat mimpi semacam inilah yg dijadikan landasan oleh penggemar Mawlid, atas alasan manusia yg dilaknati Allah SWT macam Abu Lahab nipun diringankan Azabnya kerana memuliakan hari kelahiran Rasulullah,Inikan pula kita... Tetapi malangnya Riwayat ini dan tentang hal ini semuanya tidak kuat sama sekali. Malah bercanggah dgn riwayat yg lebih kuat.


Jawapan:


Belum diuji kaji dah dapat keputusan. Macam cerita tak bagi kawin lebih pula. Jangan lah anda lupa pula, kisah dan cerita mimpi jumpa Abu Lahab ini ada dalam Sahih Al-Bukhari. Tiada siapa pun dikalangan Ulamak yang menegakkan acara mauled menjadikan cerita Abu Lahab ini sebagai asas Hukum Keharusan mauled. Harus dan tidak haram mengadakan acara mauled adalah berdasarkan kaedah-kaedah berhukum yang termaklum. Bukan semata-mata cerita ini.Walaubagaimana pun , siapakah anda yang meleceh-lecehkan cerita dan kisah Abu Lahab dan pembebasan Suwaibah apabila mengkhabarkan kelahiran Nabi s.a.w , lantaran gembiranya Abu Lahab pada kelahiran anak saudaranya terus dimerdekakan hambanya Suwaibah?. Tidakkah boleh ianya dijadikan ikhtibar dan bahan renungan dalam setiap penulisan, syarahan kuliah dan tazkirah untuk menambahkan kecintaan terhadap Nabi s.a.w yang diadakan setiap tahun dimusim-musim tertentu?. Setiap cinta dan kasih kebiasaannya akan membuahkan kebaikan.


Berkata lagi pembangkang:


a) Dalam al-Quraan surah al-Furqan ayat ke 23 Allah berfirman ygterjemahannya, " Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan." Maknanya amalan Sallih orang kafir walau sebanyak manapun hanya jadi hampeh.

Jawapan:
Bab Amalan orang-orang kafir, walau sebanyak manapun tak bernilai disisi Allah adalah betul, kita menerimanya tanpa ragu.
Tetapi anda belum lagi meneliti Tafsiran ayat tersebut didalam Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar. Silalah perhatikan dulu , jangan terburu-buru membuat keputusan.
Imam Ibnu Hajar Al- Asqolani didalam Fathul Baari syarah Hadis Al-Bukhari menjelaskan , adanya keharusan keringanan seksa bagi kafir dan bukan pula bermaksud tidak diseksa langsung.
Imam Al Qurtubhy juga sefahaman dengan Ibnu Hajar.
Imam Al-Baihaqi menyatakan Harus jika berlaku keringanan seksaan pada kafir , apa yg dimaksudkan oleh dalil tidak bermanfaat amalan kafir , adalah tiada kemungkinan mereka terlepas dari seksaan Neraka dan Tiada pula bermakna akan masuk Syurga pula. Nanti akan kita jelaskan insyallah. Wallahu a’lam. Rujukan yang sama.


Berkata pembangkang:

b) Banyak Riwayat lain yg menunjukkan bahawasanya Abu Lahab tidak memerdeka kan Suwaibah ketika beliau memberi berita kelahiran Rasulullah SAW.antara riwayatnya :-
Ibnu Sa'ad berkata, "Muhammad bun Umar al-Waqidi bercerita kepada kami dari tidak hanya satu orang dari seorang ahli ilmu mereka berkata, "Rasulullah SAW menghubunginya ketika dia di Makkah dan Khadijah(Saidatina RA) menghormatinya (Suwaibah). Pada saat itu dia masih budak (Hamba). Lalu Khadijah meminta kepada Abu Lahab agar Suwaibah dijual kepadanya untuk dimerdekakan. Tapi Abu Lahab menolak. Ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, Abu Lahab memerdekakannya. Lalu Rasulullah SAW mengirim mankanan dan pakaian kepadanya, hingga datang kabar kepada beliau bahawa dia telah meniggal dunia pada tahun 7 H. Ketika pulang dari Khaibar.
Al-Hafidz bin Abdul Barri dalam biogarfi Nabi SAW, setelah menceritakan penyusuan Suwaibah kepada Rasulullah, dia berkata,"Suwaibah dimerdekakan oleh Abu Lahab setelah Nabi SAW hijrah ke Madinah.
Ibnu al-Jauzi berkata," Suwaibah menghadap Rasulullah SAW setelah Beliau menikah dengan Khadijah lalu Rasulullah SAW menghormatinya dan begitu juga Khadijah. Pada saat itu dia masih menjadi budak (hamba), kemudian dibebaskan oleh Abu Lahab.
Jadi perkhabaran bahawa Suwaibah dibebaskan oleh Abu Lahab sebaik Sahaja dia memberi khabar kelahiran Rasulullah SAW adalah diperselisihkan dan yg lebih Rajih adalah dia dibebaskan setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan tak ada kena mengena dgn tarikh kelahiran Rasulullah SAW. WAllahu'alam


Jawapan:
Pertama:

Al Waqidi , seorang ahli sejarah, telah maklum disisi Wahabi tidak menerima riwayat nya , sehingga ada yg mengatakanya sebagai pendusta. Kenapa pula anda mengambil pakai pula apabila sesuai dengan pendapat anda sendiri?.
Kedua:

Waqidi tidak pula menyebut sanad-sanad riwayat ambilan ceritanya. Hanya menyebut diambil dari tidak seorang dari Ahli Ilmu. Bukankah anda semua sangat-sangat halus perhatian pada sanad-sanad dan selalu sangat mengulang-ngulang kata-kata ,kalau tak bersanad maudhu’?. Adakah anda mengharamkan acara mauled dgn hadis tak bersanad?.


Ketiga:

Telah maklum , kitab-kitab Tawarikh tidak boleh dijadikan dasar berdalil dalam soal hukum ahkam. Kitab-kitab yang anda sebutkan itu adalah kitab tawarikh .

Walau bagaimana pun , dalil bermaulid bukan berdasar kan semata-mata cerita tersebut . Kalaupun dibawa kisah Abu Lahab ini , hanyalah sebagai penambah sahaja. Bukan asas terhadap hukum harus diadakan acara sambutan mauled .

KESIMPULANNYA:

Semua riwayat berkenaan pertemuan Nabi s.a.w dgn Suwaibah selepas Hijrah adalah tidak tahqiq bagi menunjjukkan Masa Suwaibah dimerdekakan pada ketika itu. Riwayat yang lebih mantap adalah yang menunjjukan Suwaibah telah dimerdekakan ketika kelahiran Nabi s.a.w . Oleh yg demikian, tidak boleh jadi hujjah bagi mereka yg berdalilkan semata-mata riwayat pertemuan Nabi s.a.w dan Siti Khadijah dengan Suwaibah selepas hijrah sebagai batal riwayat yg mengatakan Suwaibah dimerdekakan semasa kelahiran Nabi saw apabila di gandingkan keduanya kemudian ditarjih.



Pembangkang menulis lagi :

salams

ana lebih suka ambik pendapat imam Ibn Hajar (852h)..sebab dia bukan beri pendapat suruh kita bertekak..dia cari jalan tengah....Berdasarkan hadis yang dibicarakan oleh tuan2, telah dirongkaikan oleh imam Ibn Hajar:

berdasarkan hadis tsbt (hadis Abu Lahab), ia menyatakan bhw si kafir juga turut bermanfaat dalam amal solehnya di akhirat kelak, namun begitu ia ternyata menyalahi ayat Quran yang menyebutkan:قال الله تعالى: وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناههباء منثورا"Kami perlihatkan kepada mereka (si kafir) daripada segala amalan mereka itu pada suatu amal, maka Kami jadikannya bagaikan debu2 yang berterbangan".
Aku menjawab:
1-khabar ini adalah mursal yang dibawa oleh Urwah dan tidak disebutkan siapakah yang telah memberitahunya serta dri kenyataan mimpi yang tidak boleh dibuat hujah padanya, maka sekiranya Tsuwaaibah yang bermimpi mengenai hal tersebut dan beliau masih belum Islam(sbgmn yg disebutkan khilaf mengenai pengislamannya) maka itu tidak juga boleh dijadikan hujah.
2-Jika mereka ingin mengambilnya juga dengan menggunakan ihtimal dari hadis atau hujah berfaktakan mengenai Abu Talib yang diringankan seksanya.

a.Berkata Baihaqi: apa yang dinyatakan sebagai keringanan seksa si kafir ini, ia bermakna mrk tetap tidak boleh keluar dari neraka dan tidak boleh juga masuk ke syurga, dan harus diringankan azab seksadaari dosa2 mereka yang melakukan amalan baik.

b.Berkata pula Qadhi Iyadh: ijmak ulaama menyatakan bhw org kafir tidak bermanfaat amalan baaik mereka dan tidak diberi pahala dan tidak juga diringankan azab mereka, bahkan ada sesetengah itu lbh berat seksanya dari yang lain.
c.Aku berpendapat (imam Ibn Hajaar): hal ini tidak diterima sebagai ihtimal, sepertimana yang dinyatakan oleh Baihaqi, kerana semua perkara yg diterangkan berkaitan dengan dosa kafir tulen, adapun seluruh dosa mereka yang tidak kafir (muslim munafiq/fasiq) mka takada halangan untuk diringankan azab mereka.

d.Berkata aal-Qurthubi: keringanan ini khusus kepada mereka yg mempunyai nas padanya sahaja.
e.Berkata ibn Munir dalam hasyiahnya:

i.Mustahil si kafir ini dapat keringanan sebabnya ialah kepatuhan si kafir dengan kekafirannya. Ini kerana syarat kepatuhan dan taat hendaklah adanya niat yang betul soheh. Tapi hal ini tidak ada pada mereka yang kafir.
ii.Pahala kebaikan kepada si kafir pada sesetgh amalannya, adalah dari kurniaan Allah kepadanya. Ini tidak mustahil bagi akal untuk menerimanya.Maka apabila diakui sebegitu, bukanlah pembebasanTsuwaibah oleh Abu Lahab itu sebagai satu perkara baik yang harus diambil kira, tetapi adalah menjadi hak Allah mengurniakannya atau tidak (sekiranya Allah kehendaki) sbgmn kurniaanNya kepada Abu Talib. Adapun hal yang perlu diikuti dalam hal sebegini adalah lebih baik berdiam diri daripada menafikannya atau menyokongnya. Pada pendapat aku, untuk menutup dari membicarakan hal ini, perkara ini mendapat kurniaan sbgmn yg disebut sebagai tanda kemuliaan bagi si kafir atas kebaikan yang dilakukannya. Wallah hu a’lam.(Fathul Bari - jilid 9 hlm.144)wassalam

Kami Menjawab:


Kami menukilkan terjemahan yang betul dari kitab Fathul Baari tersebut seperti berikut:

Komen Ibnu Hajar al-Asqolani:

{Pada hadis terdapat petunjuk bahawa orang kafir mendapat manfaat daripada amalan soleh di akhirat. Tetapi berlawanannya dengan al-Quran firman Allah s.w.t ayat 23 surah al-furqan:”Dan kami lihatkan kepada amalan mereka daripada sesuatu daripada amalnya maka kami jadikannya debu-debu yang berterbangan”. Di jawab: pertama: bahawasa khabar tersebut adalah Mursal telah mengIrsalkan oleh Urwah dan beliau tidak menyebut siapakah yang menceritakan khabar tersebut. Dan di atas fardhu takdir bahawa khabar tersebut adalah Mausul(berhubung dengan Nabi) maka apa yang terdapat dalam khabar tersebut adalah mimpi seorang yang tidur maka tiada menjadi hujah padanya. Dan barangkali perkara yang telah dimimpikannya itu tidak berlaku, kerana disana itu lebih selamat selepas (setiap berlaku mimpi) maka tidak dijadikan hujah dengannya}.

Ulasan kami:

Disini satu kesilapan pada terjemahan anda , sehingga mengatakan suwaibah yg bermimpi. Sebenarnya bukan Suwaibah yg mimpi.

Kedua:

Ikhtilaf keIslaman Suwaibah dijadikan sebab tertolaknya harus keringanan dosa kafir. Saya menyatakan KeIslaman Suwaibah berdalilkan kekukuhan hadis yg diriwayatkan:
“Aslam ,telah mengislamkannya (atau menyelamatkannya) oleh Allah”. Gantinama “NYA” dlm Hadis tersebut memaksudkan Suwaibah sebab beliau adalah dari keturunan Bani Aslam yang telah di doakan oleh Rasulullah s.a.w.
1)Al Bukhari juz 2 /33.
2)Muslim bab Fadhailul Sahabah ,133.
3)Ahmad 2/20.
4)Al Baihaqi 2/208
5)Al Hakim 3/3406) At Thobarani -Mu’jam Kabir 1/134.
Memang keIslaman Suwaibah telah berlaku ikhtilaf para ulamak, tetapi ianya tidaklah menjadi masalah kepada kita untuk menerima pendapat yang lebih kuat pada sisi mereka yang boleh diikuti pendapatnya seperti Imam Ibnu Mandah yang meriwayatkan riwayat yang memantapkan keIslaman Suwaibah , Al Hafiz Ibnu Arabi al-Maaliki didalam Sirajul Muriidin berkata: "Bahawa tiada seorangpun yang menyusui Nabi s.a.w melainkan telah Islam ia" dan Imam Sayuthi juga telah mengemukakan beberapa keterangan. Wallahu a,lam.

Ketiga :

Berkenaan Mursalnya hadis tersebut, telah kita bahaskan dahulu. Ianya tertolak dari diamalkan jika bertentangan dgn Dalil yg kuat dari nya. Tetapi dalam masalah ini tiada pertentangan yg berlaku sebagaimana yg telah di taujihkan oleh Al Baihaqi dan Ibnu Hajar diakhir nanti. Jawapan disini hanya menjawab kemuskilan pertentangan hadis mimpi tersebut dgn zahir ayat quran sahaja, tanpa ditaujihkan lagi.Perlu diingatkan diawwal-awal jawaban disini bukanlah merupakan pendapat beliau. Beliau hanya menaqalkan jawapan secara am sahaja. Nanti kemudian akan beliau jelaskan jawapannya dengan “Qul Tu” .
Keempat:

Ibnu Hajar mengIhtimalkan kemungkinan diterima Mausulnya hadis Urwah tersebut, mengapa demikian ?.

Jawabnya: Terdapat riwayat2 yg lain yg boleh dijadikan sokongan dan menjelaskan siapa yg bermimpi dan dari siapa Urwah menerima khabar. Dan telah maklum setiap mursal jika mempunyai sokongan ternaiklah ia. Ini Dalam perbahasan Ilmu hadis, lebih-lebih lagi kalau dalam feqah. Terdapat 17 sebab pembolehan berdalilkan hadis-hadis mursal.

Kelima:

Nampaknya anda telah meninggalkan perkataan Ibnu Hajar “Dan diatas fardhu takdir mausul hadis tersebut…”.?.. Mungkin takut tersebelah kepihak lain pulak.

Keenam:
Sekalipun mimpi tiada dijadikan hujjah dan dalil.Ini telah maklum kita telah terangkan dulu , Hadis ini tak boleh ditolak begitu saja percuma, telah kita jelaskan dalil mauled bukan dgn hadis ini. Ianya sebagai iktibar saja. Tapi anda sangat takut menterjemahkan kalimat Mausul dlm Fathul Baari tersebut, takut kalau-kalau tak serupa dgn fahaman anti mauled. Wallahu a’lam.


Imam Ibnu Hajar dlm Fathul Baari menyatakan seterusnya:

Kedua: di atas fardhu takdir diterima hadis tersebut, bahawa adalah ia berkait dengan Nabi s.a.w secara khususiah. Berdalilkan kisah Abi Talib seperti yang terdahulu perbahasannya, bahawa telah diringankan seksa daripadanya kerak Neraka kepada puncaknya.


Ulasan kami:

Disini Ibnu Hajar membuat taujih diterima Hadis tersebut atas wajah tiada berlawanan dgn ayat AlQuran tersebut lantaran perkara keringinan seksaan kafir ini terkhusus (khususiah) pada Nabi s.a.w saja.Wallahu a’lam.

Ibnu Hajar menulis lagi:

Imam al-Baihaqi berkata : Perkara yang telah diwaridkan berkenaan pembatalan pahala kebajikan bagi orang-orang kafir maka maknanya “Bahawa sesungguhnya tidaklah mereka itu terlepas daripada api neraka dan tidak juga masuk syurga”. Dan HARUS diringankan seksaan Azab terhadap mereka, yang mewajibkan (TETAP) seksaan disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan adalah (DIMAKSUDKAN KEPADA) DENGAN PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN YG TELAH MEREKA LAKUKAN SELAIN (DOSA) KUFUR.
Ulasan kami:

Disini Imam Baihaqi menjelaskan perbezaan dua bentuk amalan yg dilakukan oleh orang-orang kafir.

Pertama:Dosa Kekufuran.

Kedua :Amalan kebajikan yg dilakukan oleh Orang-orang kafir.

Beliau telah membuat kajian dan analisa terhadap dalil samada al Quran atau Al Hadis berkenaan dosa-orang dan amalan orang-orang Kafir , kesemua maksud dalil-dalil tersebut bermaksud ketiadaan kemungkinan mereka terlepas dari neraka dan masuk syurga. Ini disebabkab dosa kufur mereka . Perlulah difahami bahawa kufur atau tidak beriman adalah merupakan amal dosa juga dan satu dosa yg amat besar. Satu lagi bentuk amal pula yg pernah dilakukan oleh orang -orang kafir yaitu amal kebaikan/kebajikan , maka yg ini tidak mustahil mendapat keringanan.

Imam Ibnu Hajar seterusnya menyebut:

Ada pun Qodhi Iyadh telah berkata :Ijmak telah berlaku “Bahawa tidak bermanfaat amalan-amalan mereka dan tidak diberi pahala serta tidak ada keringanan azab sekalipun sebahagian daripada mereka sangat-sangat diazab berbanding sebahagian mereka yg lain”. Aku (Ibnu Hajar) menjawab: Ini tidak boleh membangkang Ihtimal yang telah disebut oleh Baihaqi, kerana sesungguhnya semua perkara yang telah datang hadis berkenaan perkara tersebut adalah berkaitan dengan dosa kekufuran. Ada pun dosa yang selain dari dosa kekufuran maka, apakah pula sesuatu perkara yang boleh menghalang daripada keringannanya?.

Ulasan kami:

Pertama :

Nampaknya Imam Ibnu Hajar Amirul Mukminin Fil Hadis menyokong ulasan Imam Al Baihaqi. Ini Jelas dengan diperhatikan cabaran dari Imam tersebut “Ada pun dosa yang selain dari dosa kekufuran maka, apakah pula sesuatu perkara yang boleh menghalang daripada keringanannya?”. Sementara pula kenyataan Qodhi Iyyadh berkenaan ijmak , tidak pula boleh dijadikan alasan. Sebab Taujihnya telah dinyatakan pula oleh Imam Ibnu Hajar , Wallahu a’lam

Kedua:

Anda menterjemahkan “Aku berpendapat (Ibnu Hajar) : Hal ini tidak dapat diterima sebagai Ihtimal sepertimana yg dinyatakan oleh Baihaqi,kerana semua perkara yg diterangkan berkaitan dengan dosa kafir tulen, adapun seluruh dosa mereka yang tidak kafir (muslim munafiq/fasiq) mka tak ada halangan untuk diringankan azab mereka”.
Dimana pula anda memahami ibarat Ibnu Hajar sebegitu?, kita tidak tahu dimana ambilannya. Ibnu Hajar tak pula menyebut dosa Islam munafik, fasik … Disini hanya di bahas kan dosa Kaafir.


Imam Ibnu Hajar Meneruskan lagi:

Al-Qurthuby berkata :

Ini adalah keringanan yang khas untuk perkara ini sahaja dan dengan sesiapa yang ada Nas padanya. Berkata Ibnu Munir, di dalam Hasyiah:
Disana terdapat dua qodhiyah.
Pertamanya: mustahil iaitu ikhtibar ketaatan orang-orang kafir serta kekufurannya, kerana syarat sah taat adalah berlaku ia dengan niat yang soheh. Dan ini tiada didapati dari seorang kafir.
Kedua: Memberi pahala kepada kafir atas sebahagian amalannya adalah suatu sifat kemurahan daripada Allah s.w.t, dan ini tidaklah memustahilkannya oleh akal.
Maka apabila telah tetap seperti itu keadaannya , maka nescaya tidaklah memerdeka Abu Lahab akan hambanya Suwaibah adalah merupakan suatu qurbah (kebajikan) yang diambil kira dan Harus (pula) bahawa memberi kemurahan Allah taala terhadapnya dengan perkara-perkara yang sebagaimana Allah taala anugerahkan kepada Abi Talib. Dan perkara yang diikuti pada masalah yang (seperti) itu, adalah Tauqif (tidak membincangkannya) kepada Nafi dan Isthbat.
Aku (Ibnu Hajar ) berkata: Dan penyudah bahasan ini bahawa, berlaku kemurahan Allah taala yang tersebut kerana MEMULIAKAN KEBAJIKAN yang berlaku daripada pihak si kafir, dan seumpama -seumpama(KEBAIKAN)nya. Walahhuallam.

Tammat Fathul Baari

Rujukan:
1) Fathul Baari juz 9 ms 49 , tahkik bin baaz,Darul Rayyan.
2)Fathul Baari juz 19 ms 175, tahkik Taha Abd. Rauf Darul Qohirah.
3)CD muallifat ibnu Hajar. Darul At Turas.


Ulasan kami:

Nampaknya jelas Ibnu Hajar menyokong pendapat “ada keringinan seksa” pada kafir seperti Abu Lahab.

Anda telah menterjemahkan di perenggan terakhir perkataan perkataan Fathul Bari ( Ibnu Hajar) dgn terjemahan yg betul.

“Aku (Ibnu Hajar )berkata: Dan penyudah bahasan ini bahawa, berlaku kemurahan Allah taala yang tersebut kerana MEMULIAKAN KEBAJIKAN yang berlaku daripada pihak si kafir, dan seumpama (KEBAIKAN)nya. Walahhuallam”.

Tetapi anda tidak meng highlight kan kata-kata Ibnu Hajar yg terakhir ini. Mungkin tidak ada faedah untuk mereka yg anti mauled. Wallahu a’lam.
Dengan itu jelaslah apa yg diterjemahkan oleh anda dan yang sependapat dengan anda adalah tidak benar. Demi untuk membetulkan fahaman mereka sangguplah memutarkan mutarkan terjemahan.

Satu lagi diperingatkan,

Sesungguhnya kami tidak ada langsung terbetik didalam hati Kasih kan Abu Lahab penentang Nabi s.a.w, wal iyyazabillah.
Telah maklum , kasih hanya lah untuk Allah dan Rasul Nya.
Bagi mereka yang anti acara mauled , sanggup menuduh ahli acara mauled sebagai kasihkan Abu Lahab pula . Macam-macam, boleh berlaku bila dah fikiran tidak mengikut kaedah yang betul. wassalam.




SUMBER DARI : http://www.pondoktampin.blogspot.com/

Monday, June 8, 2009

ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA


SEBENTAR TADI DALAM PUKUL 12.15 TENGAH MALAM TADI SAYA DI KEJUTKAN DENGAN KEMATIAN SAHABAT SAYA KHAIRUL ESWAN BIN KAMARUZZAMAN (LEBIH DI KENALI SEBAGAI KELOPAI) AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.SAYA MENDAPAT KHABAR INI MELALUI PANGGILAN SAHABAT SAYA KETIKA SAYA DALAM PERJALANAN PULANG DARI SEREMBAN



SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN MENGAMPUNI SEGALA DOSA NYA..

AMIN YA RABBAL ALAMIN...:(


DARI ALLAH DIA DIJADIKAN,KEPADA ALLAH JUA DIA KEMBALI

BIARKAN!

biarlah mereka dengan dunia nya,


biarlah mereka dengan pegangan nya,


biarlah mereka dengan syok,asyik dan masyuk nya,


biarlah mereka rentaknya..


asalkan mereka tidak menggangu kita,


jadi!!!



jadi!!!



jadi!!!




BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Sunday, June 7, 2009

Mogok Lapar: antara pandangan

Assalamualaikum semua


Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

" “ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”


sila buka laman web Syikeh Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkenaan mogok lapar di http://www.qaradawi.net


dan di bawah adalah pendapat dari saudara salman maskuri di

http://akhisalman.blogspot.com/2009/05/hukum-mogok-lapar-menurut-pandangan.html





Friday, May 29, 2009
Hukum mogok lapar menurut pandangan Islam


Mukaddimah
Berhubung isu mogok lapar yang akan dilaksanakan oleh rakyat Perak sebagai tanda protes untuk dibubarkan dun negeri Perak, dan supaya Piliharaya dapat diadakan. Terdapat beberapa pendapat dari agamawan Malaysia yang bertindak mengharamkan mogok lapar tersebut. Maka post kali ini akan mengupas pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia berkenaan hukum mogok lapar. Pandangan mereka ini berdasarkan mogok lapar dari pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya, kes tahanan penjara Guantanamo yang melakukan mogok lapar.
Peristiwa mogok lapar di zaman Nabi saw

أن سعد بن أبي وقاص- رضي الله عنه- قال: "كنت رجلاً برًّا بأمي، فلما أسلمت قالت لي: يا سعد، لتتركن دينك هذا أو لا آكل ولا أشرب حتى أموت، فتعيِّرك العرب فتقول: يا قاتل أمه، فقلت لها: يا أمي، لا تفعلي؛ فإني لا أدع ديني هذا لشيء أبدًا، فمكثَت يومًا وليلةً لا تأكل، فأصبحت قد جهدت، فمكثَت يومًا آخر وليلةً وقد اشتدَّ جهدها، فلما رأيت ذلك قلت: والله يا أمي.. لو كان لك مائة نفس فخرجت نفسًا نفسًا ما تركت ديني هذا لشيء، فإن شئت فكلي وإن شئت فلا تأكلي، فلما رأت إصراري على ذلك أكلت.. فأنزل الله تعالى: ﴿وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا﴾ (لقمان: 15).

“sesungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas ra berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang yang amat berbuat baik kepada ibuku. Bila aku masuk Islam, Ibuku berkata “Hai Saad, samada engkau tinggalkan agamamu ini atau aku tidak makan dan minum sehingga aku mati(mogok lapar), hingga menyebabkan orang arab akan mencela mu dengan berkata “Wahai pembunuh ibunya.” Aku pun berkata kepada ibuku “Wahai ibu, janganlah kamu buat begitu, sesungguhnya aku tidak akan tinggalkan agamaku ini selama-lamanya.” Lalu ibuku tidak makan sehari semalam sehingga dia lemah. Bila berlalu dua hari tanpa makan dia bertambah lemah. Bila melihat demikian aku berkata kepadanya “Demi Allah wahai ibuku … kalaulah engkau ada seratus nyawa dan satu persatu nyawamu hilang, aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama ku ini. Kalau engkau mahu makan, maka silalah makan, dan jika engkau hendak mogok maka silalah mogok.” Bila ibuku melihat kesungguhanku mempertahankan Islam, dia pun makan. Maka turunlah ayat:

“Dan sekiranya kedua ibu bapamu berusaha bersungguh-sungguh untuk mu melakukan syirik kepadaku maka janganlah kamu mentaati mereka dan dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik.” (15 : Luqman)
Hadis riwayat Abu Ya'la dan Thabrani

Hukum mogok lapar
Ada dua keadaan bagi mogok lapar ini:

Keadaan Pertama: Mogok sehingga mati atau memperolehi kemudaratan yang besar.

Para ulama sepakat mengatakan ini adalah haram.
Dalil-dalinya:-

1. Firman Allah:- ﴿وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾ (البقرة: من الآية 195)

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.”


2. ﴿وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ﴾ (النساء: من الآية 29)

“Dan janganlah kamu saling membunuh sesama kamu.”

3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan perkara mudarat kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan Dar al-Qutni – imam Nawawi mengatakan ini hadis hasan)

Keadaan Kedua:Adapun sekiranya mogok lapar yang tidak membawa kepada kebinasaan, maka para ulama masa kini terbahagi kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Mereka berpendapat, mogok lapar adalah perkara yang dilarang oleh Islam walau apa pun tujuan. Ia adalah satu perbuatan yang menyeksa diri sendiri. Sekiranya mati , ia dikira sebagai bunuh diri.




Ini Adalah pendapat Syeikh Atiah Saqar mantan pengerusi Lajnah Fatwa Mesir dan Prof Dr Hasan Abdul Ghani Abu Guddah.

Pendapat Kedua: Mereka berpendapat sekiranya mogok lapar bagi orang yang dizalimi untuk mendapat perhatian umum bagi melepaskan diri dari kezaliman atau mendapatkan hak mereka, ia diBENARKAN. Ini sekiranya, mogok lapar cara yang terakhir dan boleh memberi kesan. Ia adalah satu perbuatan terpuji jika menyebabkan musuh-musuh Islam yang menzalimi rasa marah dengan tindakan mogok ini. Mereka marah kerana mogok ini mengundang simpati masyarakat setempat dan dunia terhadap mereka yang mogok yang dizalimi. Menyebabkan musuh-musuh Islam marah adalah suatu amalan yang soleh. Firman Allah swt:

‘ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار، ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح’. التوبة : 120

“Dan apabila mereka memijak tempat orang-orang kafir sehingga menyebabkan orang-orang kafir marah dan apabila mereka itu mencederakan atau membunuh orang kafir maka akan ditulis sebagai amalan soleh bagi mereka.” (surah taubah: 120)

Ini sekiranya mogok tersebut tidak sampai kepada binasa diri. Sekiranya begitu, maka hendaklah mereka berhenti dari mogok tersebut serta merta.

Ini adalah pendapat Syeikh Yusuf Qardawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam seDunia, Syeikh Faisal maului Timbalan Pengerusi Akademi Fatwa dan kajian bagi eropah, Syed Muhammad Husain Fadlullah Ulama syiah lubnan, Dr Muhammad Mahrus Ketua Lajnah Fatwa bagi Kesatuan ulama Iraq dan Syeikh Soleh al-Fauzan ulama Saudi.

Kesimpulannya:
Sekiranya ini adalah senjata yang terakhir(mogok lapar) dan memberi kesan untuk mendapatkan matlamat yang dibenarkan oleh syara’ atau menghindari dari kezaliman maka ia dibenarkan dan malahan ia dituntut.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Jawahir Lu’luiah oleh Dumyati,
Laman web:
1. Ikhwanonline
2. alraedh-maktoobblog.com
3. ahlalhdeeth.com

antara 15 perkara punca gempa bumi

Kita sebagai umat yang beriman mesti yakin dan percaya bahawa setiap kejadian dan apa yang berlaku merupakan antara tanda yang membuktikan kekuatan dan kekuasaan Allah. Manusia tidak mampu memberi manfaat apatah lagi mendatangkan kemudharatan kepada orang lain kerana hanya Allah sahaja yang mampu melakukannya terhadap makhluk ciptaanNya. Kita juga yakin bahawa ada antara punca turunnya sesuatu bala atau bencana termasuk petir yang kuat, banjir besar, ribut taufan, gempa bumi, tsunami ke atas umat manusia disebabkan oleh kesalahan mereka sendiri.

Antaranya sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah di mana katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : ” Apabila umatku telah membuat 15 belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1. Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan

3.Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut sahaja kehendak isteri

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Sedangkan anak tadi dalam masa yang sama terlalu mementingkan kawannya

7.Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya

8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid (berbual kosong tentang keduniaan)

9. Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka

10. Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya

11. Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

13. Para artis disanjung tinggi

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (mencaci) generasi pertama (para sahabat nabi dan ulama’)

Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi makhluk lain (seperti kera, babi dan sebagainya)




sumber dan bahan rujukan:

1.Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, al-Qiamah al-Syughra, jilid 1, Dar al-Nafais, cet. ketujuh 1997

2.Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Pustaka Darus Salam, cet. kedua 2000

Monday, June 1, 2009

Ahli Sufi Dan Jihad






Assalamualaikum semuo..

akhir-akhir ni ese ado terimo komen dari kengkawan kito yang marah bebona an tontang tajuk wahabi ni..ese pon x paham napo ghoma bona bak kato oghang tuo-tuo kito,lobih kuah dari sudu eh.Namun tak po lah,ese ghoma rai kan mereko-mereko ni dan rai kan perbezaan khilaf sobagai tando berilmu dan masing-masing harap eh respek lah dengan penulisan sayo.Dalam ese punyo kepalo hotak yang berjambul ini,tidak ado niat lah nak ngoba an sapo-sapo,cumo kalau teraso podeh eh,ese mintak maaf lah dari ujung rambut yang bercabang sampai lah ujung jari kaki yang berchagu tu..

ese maleh nak melayan dan mengombong cakap-cakap waghih kito yang tak sampai aka eh..cumo kalau ghaso x suai dongan blog ni,poie lah jauh-jauh dan duduk lah dalam blog yang ekau raso suai tu..

bercakap pado malam ini,ese nak tunjuk dan sebarkan ilmu yang ado dalam kitab ini.buku eh karangan Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani,wakil am Lajnah Tertinggi Dakwah Islamiyyah Universiti Al Azhar,Mesir.buku ni adolah terjemahan koteh kojo yang dibontangkan di dalam seminar antarabangsa untuk para imam dan pendakwah dari negara islam pado tahun 1986(ese kocik laie time ni) di kaherah,Mesir dan di torbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.cumo eh ese nak amik tajuk kocik dalam buku ini bertajuk 'AHLI SUFI DAN JIHAD'


AHLI SUFI DAN JIHAD

apabila diteliti sejarah perjalanan para sufi,kita akan mendapati mereka cinta kepada kedamaian,jihad dan beramal.tidak sedikit daripada kalangan mereka yang telah gugur sebagai syuhada' di medan perang.memadailah bagi kita kisah jihad para sufi ini sebagai hujjah yang membuktikan semangat kepahlawanan dan keberanian mereka.hal ini bertepatan denagn hadith yang bermaksud,



"jihad yang 'afdhal' ialah menyatakan kebenaran di hadapan perintah yang zalim."


Mereka tidak menghiraukan ancaman mata pedang pemerintah ketika menghadap dan memberi nasihat kepada mereka.

dari segi jihad,mereka merupakan pahlawan yang gagah berani di medan perang,sebagai mujahid menghapuskan musuh serta terlibat sama membuka negara-negara islam.Hatim al-asom berkata"jihad terbahagi kepada TIGA

1.jihad kamu yang tersembunyi dalam menentang syaitan sehingga kamu mengalahkannya.

2.jihad yang nyata dengan menunaikan kefardhuan sehingga terlaksana.

3.jihad memerangi musuh-musuh ALLAH untuk memuliakan AGAMA ISLAM.


Ahmad bin Al-hawari berkata"berada di "ribat" dan di medan perang adalah nikmat kerehatan yang sangat berharga.sekiranya seseorang hamba itu letih beribadat,dia akan berehat tetapi bukan dengan jalan kemaksiatan."

para sufi telah membina "ribat-ribat" mereka sebagai markas untuk mereka beribadat kerana menyahut seruan ALLAH sepertimana firmanNYA






Yang Bermaksud, wahai orang-orang yang beriman!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkan lah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH semoga kamu berjaya (mencapai kemenangan).


(Surah Ali-Imran Ayat 200)


di dalam ensiklopedia Islam yang dikarang oleh orientalis telah dengan panjang lebar membahaskan tentang 'Ribat' dan 'Zawiyah' para sufi.

Sejarah telah menceritakan penglibatan Syeikh-Syeikh Sufiyyah di dalam peperangan,sebagai contohnya Al-Syazili,Al-Eiz bin Abdul Salam,Ibn Daqiq al-'eid,Ahmad Al-Badawi,Ibn Ato'illah dan lain-lain lagi.Manakala mereka yang terlibat dengan perang Salib pula seperti Abdul Qadir Al-Jazairi dan Omar Mokhtar dalam menentang penjajah.



sepertimana yang disebutkan oleh Al-jibarti bahawa kekalahan tentera perancis adalah ditangan anak-anak tareqat suffiyah




"ini mengingatkan kita apa yang sepatutnya di lakukan oleh orang-orang tareqat sekarang untuk bersedia mengatur saff-saff mereka dan mengingatkan mereka tentang kewajipan mereka terhadap Agama serta risalah Islamiyyah supaya ia boleh melampaui sempadan dan halangan yang ada."

Sunday, May 31, 2009

Ceramah Sayyidi Abdul Rashid Bin Muhammad Sa'id

Assalamualaikum..

Ceramah ini di rakam pada tahun Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w. Masjid Kassim Oleh Sayyidi Abdul Rashid bin Muhammad Sa'id pada Sabtu 14th Disember 1985(saya baru berumur setahun pada waktu ini) dan sepanjang hayat saya tidak lah menemui akan Allahyarham Sayyidi Abdul Rashid bin Muhammad Sa'id.Akan tetapi beliau amat berpengaruh dalam menegakkan syiar islam khususnya di Negeri Sembilan.barangsiapa yang tidak mengenali Allahyarham,beliau adalah anak kepada Syeikh Muhammad Sa'id yang merupakan ulama berpengaruh Asia Teggara pada tahun 1880an hingga 1920an.Beliau juga merupakan adik kepada mufti negeri sembilan yang pertama iaitu Syeikh Ahmad bin Syeikh Muhammad Sa'id dan bapa saudara kepada bekas mufti negeri sembilan,iaitu Dato Syeikh Murtadza bin Syeikh Ahmad..moga ALLAH mencucuri rahmat dan limpah keberkatan pada ulama ini yang berjasa pada Islam..Al-Fatihah.






















renungan buat hari ini

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari
ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Saturday, May 30, 2009

berkenaan cerita tentang maulid

artikel ini saya minta seizinnya dari tuan punya blog bahrus sofa..

moga ALLAH merahmati perjuangan nya..:)

AMIN YA RABB



Sewaktu dok mengemas rumah dan membongkar khazanah lama kawey, terjumpolah kawey ngan satu kaset yang kawe beli sewaktu kawe muda belia lagi (lani pun masih mudo lagi tapi dah tak berapa belia). Kaset ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kawey rasa nak kongsi sedikit kandungannya berhubung kemuliaan dan kebesaran Junjungan Nabi s.a.w. Sesiapa yang bernanah dengan TG Nik Abdul Aziz, itu ese tak dapek nak nolongnya, silalah melompat ke entri lain atau blog lain. Tok sah gaduh - gaduh, nanti hati ese sakit, hati kome pun sakit. Dalam ceramah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang disampaikan beliau pada Disember 1984 yang mana ianya telah dirakam dan disebar dalam bentuk kaset dengan jodol "Maulid Nabi & Serangan Pemikiran" TG dengan lenggok dialek Kelatenya berkecek dan ambo buak transkripnye sikik, nok banyok kena dengo sendiri kaset ni:-



...Sepertimana yang kita semua tau, di antara gelaran yang diberikan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. ialah gelaran "Nabi Lawlaak", "Nabi Lawlaaka", iaitu putusan atau singkatan daripada perkataan "lawlaka maa khalaqtul aflaka" - Kalau tidaklah keranamu wahai Muhammad, maka langit, bumi, seluruh itu tidak wujud di muka dunia. Langit dan bumi yang kita anggap besar dan berharga ini wujud, kerana Allah ada cadangan lahirkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi akhir zaman. Dengan arti kalau tidak adalah cadangan untuk melahirkan Nabi Muhammad, maka kita pun tak ada, langit-bumi sebagai tempat tinggal kita ni pun tidak wujud. Jadi oleh yang demikian, apa sahaja cakapan, apa saja perbahasan, apa saja kajian yang kita orang Islam buat, patutnya mesti berkisar dan berkerumun di keliling wujudnya Nabi Muhammad s.a.w. di muka dunia. Kepada yang tidak sedar benda inilah, selalunya timbul dan menimbulkan masalah-masalah, yang satunya bercakap, berkira, bertindak, beralasan kepada wujudnya Nabi Muhammad, manakala yang satu puak lagi bercakap, berkira, bertindak, berdasar kepada wujudnya mereka masing-masing, wujudnya langit dan bumi dan mereka, tanpa mengira dan tanpa mengingati paksi sebenar langit dan bumi iaitu Nabi Muhammad s.a.w. .....

Berhubung kalam "لولاك لولاك ما خلقت الأفلاك ", segelintir ulama kita menganggapnya sebagai hadits, manakala ramai yang lain menolak pensabitannya sebagai hadits dengan ingatan bahawa penolakan mereka bukan bermakna mereka turut menolak mafhumnya. Yang ditolak adalah lafaz atau manthuq kalam tersebut tetapi bukan mafhumnya. Samalah jugak seperti hadits Jabir, tidak bererti ulama kita yang menolak hadits tersebut turut menolak konsep awwaliyyah Nur Muhammad. Untuk bacaan lanjut mengenai kalam ini, ikhwah bolehlah rujuk akan penjelasan Mufti Mesir dalam "al-Bayan" halaman 147 - 148 dan juga yang berkaitan hadits Jabir pada halaman 151-152 dan boleh juga baca artikel di bawah yang ese kutip dari sini.


***********************************************************

Hadith of Law laak - الحديث: لولاك

"If not for you (O Muhammad!) I would not have created creation"

Question: What do the respected ‘Ulama of the religion and Shari’ah say about the hadith: لولاك لولاك ما خلقت الأفلاك - “Law laaka law laaka maa khalaqtal aflaak”. Which book is this hadith in? Is the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) the reason for creation or not? Are there other ahadith that support this narration?


Answer: Indeed the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the reason for the creation of Adam ‘alaihis salam and the universe. If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) was not in existence, then the ‘Arsh and Kursi, Lawh and Qalam, the Skies and the Earth, Heaven and Hell, the trees and stones and all other creatures would not exist.

And while the lafdh in question is not considered an authentic wording from the Prophet (sallallahu 'alaihi wasallam), it is, as Mullah al-Qaari said, "Though al-Saghanee says this is mawdu even so I say its meaning is saheeh (authentic) even if it is not a hadith.” Please read about Ibn Taymiyyah and his discussion of the hadith law laaka in Majma` Fataawa Ibn Taymiyyah.

There are many ahadith to this effect.

Hadith 1: al-Hakim in his Mustadrak, Baihaqi in Dalail an-Nubuwah, Tabarani in his Kabeer, Abu Na’eem in his Hilya and ibn Asakir in Tarikh Damishq report from Sayyiduna Ameer al-Mu’mineen 'Umar ibn al-Khattab Farooq al-A’dham (radiyallahu ta'ala anhu) that:

The Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) said: “Allah said: When Adam made the mistake, he asked: O Allah! I ask you for the sake of Muhammad to forgive me. Allah said: O Adam! How do you recognise Muhammad when I have not yet created him? Adam said: O Allah! When you created me and blew into me the spirit, I lifted my head and saw written on the ‘Arsh ‘La ilaaha illallah Muhammadur rasoolullah’. So, I got to know that you would only join your name with him who is most beloved to you. Allah said: O Adam! You have spoken the truth. Indeed Muhammad is more beloved to me than anything and when you asked me for his sake, I pardoned you. If Muhammad was not in existence, I would not have created you” (Also from Imam Subki in Shifa as-Siqam and Shihab in Naseem)

Please read about Ibn Taymiyyah and his discussion of the hadith of Adam's forgiveness in Majma` Fataawa Ibn Taymiyyah.

Hadith 2: Hakim in Mustadrak and Abu as-Shaykh in Tabaqaat al-Isfahani’ in a report from Sayyiduna Abdullah ibn Abbas (radiyallahu ta'ala anhuma) that:

“Allah revealed to Prophet ‘Isa ‘alaihis salam that: O ‘Isa! Have faith (imaan) in Muhammad and order your ummah to do the same. If Muhammad was not in existence, I would not have created Adam nor would I have made heaven or hell”. (Also from Shaykh Taqi ad-Din Subki in Shifa as-Siqam and Shaykh al-Islam al-Bulqini in his Fatawa and ibn Hajar in Afdal al-Qur’an).

Hadith 3: Dailami in Musnad al-Firdaus reports from Sayyiduna Abdullah ibn Abbas (radiyallahu ta'ala anhuma) that:

“the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) said that Jibra’il came to me and said that Allah says: If you were not created, I would not have made the heaven or hell”.

Hadith 4: ibn Asakir reports from Salman al-Farsi (radiyallahu ta'ala anhu) that:

“Jibra’il came to the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) and said that Allah says: I have not created anyone who is more honoured to me that you. I have created the world and all that is therein so that they may know the rank that you possess. I would not have created the world if I had not created you”.

Hadith 5: Imam Shihab ad-Din ibn Hajar ‘Asqalani says:

“These reports say that if Muhammad (sallallahu 'alaihi wasallam) were not created then Allah would not have made the skies nor the Earth, neither heaven nor hell, neither the sun nor the moon”.

There are many other ahadith on this subject which have been collected by Imam Ahmad Rida Khan Barelwi in his brilliant ‘Tajalli al-yaqeen baana nabiyyina sayyidil mursaleen’ and it is without doubt that the righteous ‘ulama have addressed the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) as the “Reason for the creation of Adam and the universe”. If the sayings of our ‘ulama are collected, this would cover a voluminous book. A few are noted below.
Hadith 6: see the discussion of the very important hadith of Jaabir.

Excerpt 1: Imam Saif ad-Din Abu Ja’far bin Umar al-Humairi al-Hanafi in his ‘al-Durr al-tanzeem fee mawlid al-nabi al-kareem’ says:

“When Allah made Adam He revealed to Adam to ask Him: O Allah! Why have you made my kuniyah as ‘Abu Muhammad’? Allah said: O Adam! Lift you head. He lifted his head and saw the noor (light) of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) on the ‘Arsh. Adam asked: O Allah! Whose is this noor? Allah said: It is a Prophet from your progeny. His name is Ahmad in the skies and Muhammad on the Earth. If he were not created, I would not have created you or the skies and the Earth”.

Excerpt 2: Sayyidi Abul Husain Hamdooni Shadhili writes in his Qasida Daaliyah that:

“The dear Prophet (sallallahu 'alaihi wasallam) is the essence of the universe and is the reason for all creation. Had he not have been, then nothing would have come into existence”.

Excerpt 3: Imam Sharaf ad-Din Abu Abdullah Muhammad Busiri writes in his Qasida Burda that:

“If it was not for the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) then the world would not exist”.

Excerpt 4: Imam Shaykh Ibrahim Baijuri writes in the commentary of Imam Busiri’s poem:

“If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) had remained non-existent, then the universe would not have come to be. Allah said to Adam: If Muhammad had not existed, I would not have created you. Adam is the father of all men and whatever is in the Earth has been created for man. So when Adam was created due to the existence of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam), then it is obvious that the whole world was created due to him. Hence, the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the cause and the reason for all existence.

Excerpt 5: ‘Allama Khalid Azhari, commenting on the Burda, says:

“It is because of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) that the world was bought from non-existence to existence”.

Excerpt 6: Imam Mulla Ali Qari writes:

“If it were not for the blessing and the generosity of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam), then the whole world would not have existed and apart from Allah, nothing would exist.

Excerpt 7: ‘Allama Abul Ayash Abdul Ali Lakhnawi writes in his ‘Fawatih al-Rahmoot Sharh Musallam al-Thuboot’ that:

“If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) were not in existence, then the blessings of Allah would not have blessed the creation”.

Only an ignoramus will argue against the authenticity of the subject matter, that is, that the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the reason for creation. It is due to him that Allah, the Almighty, created the Universe.

(This answer has been translated by Muhammad Aqdas from Mufti Zafar ad-Din al-Bihari al-Ridawi’s (rahimahullah) collection of fatawa ‘Naafi’il bashar fee fatawa zafar’. It is a question asked by Shaykh Rahim Bakhsh of Rawalpindi received by Mufti Zafar ad-Din on 15th Rajab, 1324 AH. Mufti Zafar ad-Din was one of the foremost students of Imam Ahmad Rida Khan Barelwi (rahimahullah). [source at www.aqdas.co.uk] and slightly modified by ASFA staff

Friday, May 29, 2009

wahabi dan fahamannya

artikel ini di cuplik dari website al ustaz azhar idrus


http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/fahaman-wahabi.html


Asal-usul Mazhab Wahhabi

Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya keliru dengan mereka kerena mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan dengan nama `Abd al-Wahhab yaitu bapak dan pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk menggalakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang berbagai bentuk eksploitasi (istighlal).[1][2] Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun[2][3] (unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.

Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus persen sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad pertama.

Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal dari kata dasar al-Hasyw iaitu penyisipan, pemasangan dan pemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadits yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadits yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat berdasarkan pengertian dari segi bahasa semata tanpa penilaian semula. Bahkan sekiranya suatu “ hadits “ itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama sekali apakah ada teks hadits itu sejalan dan selaras dengan al-Qur’an, ataupun hadits yang diakui sahih atau sebaliknya.

Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama al-Hasyawiyyah digunakan terhadap orang-orang yang meriwayatkan hadits-hadits sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa adanya interpretasi terdahulu, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadits dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah… Mereka bersepakat mempercayai konsep pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh … “[3][4]

Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama makhluk-Nya) … sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) dengan banjir Nabi Nuh (`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap iba seperti suara pelana baru dan Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di setiap penjuru.”[4][5]

Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadits atau Ahl al-Hadits dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.

Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi

Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah satu kampung di Najd di bagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapaknya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadhi. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadits dan akidah.

Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendahkan dan mengabaikan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di Najd bahkan hingga ke Madinah selepas dia kembali dari menunaikan haji. Dia sering mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damaskus. Di Damaskus, dia telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Dia kembali ke Najd dan kemudian pindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia mampu memenuhi matlamatnya mencegah banyak orang dari melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka dari perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya dari perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.

Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu letih berjalan kerena kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berniat untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.

Pada tahun 1139H/1726M, bapaknya pindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang berkecamuk di antaranya dan bapaknya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berlanjut hingga tahun 1153H/1740M apabila bapaknya meninggal dunia.[5][6] Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan menepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai kumpulannya.
Sebagian tertipu dan sebagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah.

Muhammad kembali ke `Uyainah yang pada saat itu diperintah oleh `Utsman bin Hamad kemudian menerima dan memuliakannya hingga berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah mempertahankan yang lain dengan orang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendukung Muhammad dengan kekuatannya dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya.

Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab mendakwahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman diantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.

Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimateraikan.[6][7] Penduduk Dar`iyyah mendukungnya hingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum kesepakatan antar keduanya (`aqd al-Ittifaqiyyah).

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka … Aku lihat kesempitan hidup mereka pada saat pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah setelah itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain apalagi sumber-sumber kekayaan sehingga lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu diuraikan.”

“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak lain, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli … “[7][8]

Harta yang banyak itu tidak diketahui dari mana datangnya, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya dari serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membagi-bagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.

Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia membagikannya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima bagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seperti mu`amalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.

Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut perintah al-Qur’an dan al-Hadits. barangiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa yang enggan maka dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama darah dan hartanya.

Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka merenggut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan saja.[8][9]

Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta -harta mereka.[9][10]

Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentara yang besar terdiri dari 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentara Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jinayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih, sehingga disebutkan sebanyak 20 000 orang.

Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`a.s) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka.[10][11]

Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M. Para penulis Syi`ah bersepakat bahawa serangan dan serbuan itu berlaku pada hari `Ied al-Ghadir dalam memperingati ketetapan Nabi (s.`a.w) mengenai pelantikan al-Imam `Ali bin Abi Talib sebagai khalifah selepas baginda.[11][12]

Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:[12][13]

“ Allah telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan keihsanan-Nya dan juga dengan berkat Muhammad dan baginda (s.`a.w), untuk melengkapkan juzuk ini daripada kitab Miftah al-Karamah, selepas tengah malam yang ke-9, bulan Ramadan al-mubarak tahun 1225H/1810M - menurut catatan penyusunnya …” dengan kekacauan fikiran dan kegaluan keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari `Unaizah yang mengucapkan kata-kata puak al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf al-Asyraf dan masyhad al-Imam al-Husayn (`a.s) - mereka telah memintas jalan dan merampas hak milik para penziarah al-Husayn (`a.s) setelah mereka kembali dari ziarah itu pada pertengahan bulan Sya`ban. Mereka membunuh sebagian besar daripadanya, terdiri dari orang-orang `Ajam, diperkirakan 150 orang ataupun kurang …”

Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan jamaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya.

Al-Alusi dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: “ Mereka menerima hadits-hadits yang datang dari Rasulullah (s.`a.w) bahawa Allah turun ke langit dunia dan berkata: Adakah orang-orang yang ingin memohon keampunan?”[13][14] Sehingga dia mengatakan: “ Mereka mengakui bahawa Allah ta`ala datang pada hari Qiyamat sebagaimana kata-Nya: “ dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya “ (al-Fajr (89): 23) dan sesungguhnya Allah menghampiri makhluk-Nya menurut kehendak-Nya seperti yang disebutkan: “ dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya “ (Qaf (50): 16).

Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadits-hadits yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadits mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Ini juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.

Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam - menerusi perhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam menelusuri bahan-bahan cetakan mereka sendiri - hingga menyebabkan mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat berlaku dan sesuai pada setiap masa dan zaman.

Lothrop Stodard berbangsa Amerika mengatakan: “ Kesan dari itu, kritikan-kritikan telah timbul karena puak Wahhabi berpegang kepada dalil tersebut dalam perkataan mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari segi jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa …”[14][15]

Penentangan Terhadap Mazhab Wahhabi

Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil awalnya. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapaknya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah dari mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan menghantamnya. Di samping itu tentangan juga datang kepadanya dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn.

Mufti Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapak dari al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang saleh dan seorang tokoh ahli ilmu, begitu juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awalnya yaitu ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Keduanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang-orang mengenai bahayanya pemikiran Muhammad…”[15][16]

Dalam keterangan Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapaknya `Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap banyak persoalan agama.”[16][17]

`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Masri mengatakan: “ Orang yang paling kuat menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengakui saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.”

Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berlanjut hingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun dari para Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya…”[17][18]

Thursday, May 28, 2009

cerita kotemporari

mungkin ini yang selalu di kata kan oleh orang ketika ini.bagi saya itu pendapat orang dan saya amat menghormati tentang ketaatan kepada pemerintah.

sekali lagi saya ulang maksud ayat al quran ini

Firman Allah Taala

سُوۡرَةُ النِّسَاء
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah an-Nisa: ayat 59)



banyak orang bercakap tapi tak habis cakap,serupa jua dengan membaca al quran..mereka mengambil maksud yang sedikit hanya kerana untuk kepentingan sendiri,dan bukan kepentingan ummah islam keseluruhannya..contohnya mereka mengambil sedikit sahaja dari ayat ini,
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu"


tetapi mengapa tidak disambung terus dengan "Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."


kenapa begitu??


Allah menasihat kan kita bahawa pabila berselisih faham,rujuk dan kembali kepada AL quran dan sunnah,bukan suruh bikin tafsiran sendiri..


sila pula rujuk ayat ini



يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٠٨)



" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

surah al baqarah,ayat 208

Allah memerintah kan kita supaya mengambil islam itu sepenuh nya dan cara yang lain adalah di kira dari langkah-langkah syaitan,di antara langkah2 syaitan itu ialah beramal dengan sebahagian dari hukum islam dan meninggalkan sebahagian dari hukum tersebut..



cuba kita renung kan hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanad Abi Sa’id Al-Khudry ra. ia berkata, Ra¬sulullah SHALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِن لَّمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِن لَّمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

ertinya: siapapun di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubah kemungkaran tersebut dengan tangan, jika tidak sanggup merubah dengan tangannya, hendaklah dia rubah dengan lidah dan jika masih tidak sanggup, hendaklah ia rubah dengan hati. Dan itulah iman yang paling lemah. (HR Imam Muslim)


Allah Ta’ala telah mengingatkan Rasulullah S.A.W tentang masalah itu sebelumnya. Allah berfirman dalam Qur’an Surah. Al-Maidah 49-50:

(وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيْدُ اللهُ أَنْ يُصِيْبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوْبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيْراً مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُوْنَ، أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُوْنَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوْقِنُوْنَ) [المائدة: 49-50]

Ertinya: “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin”.

Ayat ini didahului oleh firman Allah dalam Qur’an surah Al-Maidah 44:

(وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ)

Ertinya: Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

Dan setelah ayat ini terdapat pula dua ayat yang menerangkan bahawa siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang ZALIM dan orang-orang fasiq.

Lalu bagaimana mungkin seorang Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T dan percaya kepada Al-Qur`an bila mereka mendengarkan ayat-ayat yang sudah sangat jelas, hadits-hadits dan semua hukum yang terkait dengan masalah ini, lantas berhukum dengan perundang-undangan yang bertentangan dengannya?


jadi sebenarnya kita di mana???



pepat di luar,rencong di dalam

Dia terasa bahawa dirinyalah yang saya maksudkan pada entri lalu. Namun tidak pula dia meminta maaf. Barangkali masih mahu mempertahan ego di muka sendiri yang sudah terpalit arang. Maka dengan tiba-tiba dia menukar watak hitamnya kepada warna yang lebih cerah sedikit (kalaupun tidak putih) untuk mengalih perhatian saya daripada terus memandangnya dengan pandangan hakim kepada seorang pesalah di kamar tertuduh. Entah sampai bila dia mahu menanam tebu di pinggir bibir, macamlah tebu-tebu itu boleh bertukar menjadi seorang peguam hebat yang bercakap dengan lidah biawak demi membantunya menegak benang lencun. Tetapi saya tidak akan tertipu dengan helah ini.

Oleh itu, nasihat saya kepada anda para pembaca; berhati-hati dengan semua orang di sekeliling kita walaupun kawan anda sendiri, tidak kiralah samada kawan anda itu sama jantina dengan anda ataupun tidak kerana kita sesungguhnya tidak tahu apa yang ada di dalam hati manusia. Sesiapapun boleh menjadi duri di dalam daging, musuh di dalam selimut, gunting di dalam lipatan atau pepat di luar, rencong di dalam. Ya, sesiapapun.

Terkejutkah anda?

Wednesday, May 27, 2009

selalulah bersangka baik

Photobucket


gambar di atas merupakan gambar seorang blogger yang posting gambar saya di blog nya berkenaan posting comment saya di blog ustaz nik abduh nik abdul aziz.

sila cari di laman sesawang www.sufianblog.com

saya di sini nak mengucapkan padanya terima kasih dan selalu lah posting gambar saya.

saya selalu bersangka baik pada manusia khususnya pada sufian ini..tapi jangan lah berbohong wahai sufian,ALLAH melihat apa yang anda lakukan dan tuliskan di blog..

SILA LIHAT POSTING PYAN KEMAIN TU DI TAJUK PENGAKUAN "UMNO KAFIR,UNDI PAS BERPAHALA DAN TAJUK TAATI PEMERINTAH : MUFTI PERAK VS MURSYIDUL AM PAS.

TERANG-TERANG DI POSTING TAATI PEMERINTAH : MUFTI PERAK VS MURSYIDUL AM PAS ADA EDITAN PADA POSTER ASAL GAMBAR TERSEBUT


PADA POSTING UMNO KAFIR,UNDI PAS BERPAHALA DIKATAKAN DISITU BAHAWA 'USTAZ INI BERJAYA DIKHAWARIJ KAN OLEH ULAMA-ULAMA SUK DI DALAM PAS"


SAYA MAHU BERITAHU KEPADA PYAN ITU,JELAS TANDA-TANDA PENGHINAAN KEPADA TUAN GURU NIK AZIZ DAN ULAMA PONDOK YANG PALING PENTING DALAM MENCETUS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU,WALAUPUN SECARA 'BIAS'.PADA PENDAPAT SAYA PYAN INI LEBIH HEBAT DARI GURU ALIM PONDOK SETANAH MELAYU SEBAB SECARA TERANG MENGHINA INSTITUSI PONDOK YANG TELAH BANYAK BERJASA.SUDAH TERANG LAGI BERSULUH BAHAWA UMNO ITU TIDAK MAHU MEMAKAI AL QURAN,HADITH,IJMA' ULAMA DAN QIAS DALAM MENTADBIR NEGARA MALAYSIA.

INIKAH FIIL YANG DI KATAKAN PENGIKUT MANHAJ SALAFUS SOLEH,MANHAJ NABAWIYYAH YANG DIKATAKAN OLEH PYAN KEMAIN-MAIN ITU??

SAYA SERAH KAN KEPADA ALLAH TAALA UNTUK MENILAIKANNYA..


MOGA KITA UMAT ISLAM YANG MENDOKONG AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH TERLINDUNG DARI KESESATAN DAN FITNAH DUNIA SERTA AKHIRAT!


ALLAHUMMA BARIKLANA FIHA
ALLAHUMMA BALIKLANA FIHA
ALLAHUMMA BARIKLANA FIHA..

Friday, May 22, 2009

tanya iman dan takwa

jika benar faham dalam perjuangan khususnya pejuang islam,jangan gusar dan khuatir akan kekalahan dan kejatuhan wahai muslim sejati..


Allah dah letak kan takdir dalam berjuang ini ada kalah,ada menang..


bila tumbang,ingat lah selalu pada ALLAH yang kebenaran hakiki akan tiba

bila menang,ingat lah selalu bahawa ALLAH bisa menguji kita dengan kekalahan yang selalunya tidak diduga..


kebenaran dan akhir sebuah cerita suci hanya akan mucul tatkala hampir nya dunia kian musnah

lalu tanya iman dan takwa kita,bersedia kah kita akan perjuangan seterus nya..??

lalu tanya iman dan takwa kita,adakah kita tabah untuk cabaran,dugaan,mehnah dan keji yang akan mendatang??


p/s: beli,berguru,dan tahqiq akan kitab 'la tahzan',baru kamu tahu apa itu perjuangan

Wednesday, May 20, 2009

gambar al hujjatul islam imam al ghazali?

assalamualaikum,sumber ini saya dapat kan dari http://www.pondoktampin.blogspot.com


Photobucket




Assalamualaikum semua.. saya ditanya soalan yang sama dan hampir sama... adakah benar ini gambar imam ghazali hujjatul islam, pengarang kitab2 fikah al wajiz, al basith , al wasith , prngarang kitab2 ushul fikh , pengarang Ihya Ulumiddin yang terkenal, pengarang kitab2 ilmu Tawhid dan lain2..?.,,, . Saya hanya menjawab : Saya ada terjumpa dalam buku Kiyai Haji Sirajjuddin Abbas bertajuk "Kemuskilan Agama - mengandungi lima puluh soal-jawab keagamaan." (bukan buku 40 masalah agama ) mengatakan beliau tidak setuju gambar tersebut sebagai gambar imam ghazali.. beliau ada menyebutkan dalam mausuah arabiyah halaman 611. kalau tak silap saya , itu gambar buatan jibran khalil jibran... seorang pelukis Libnan beragama Kristian lahir pada tahun 1883 tinggal dunia diamerika tahun 1931. .. jadi.. pada pendangan saya (Haji Abd Raof ni la).. Tidak seyogia dan tidak bagus kalau gambar yang sepertiitu dinisbahkan kepada al Imam Ghazali,, Tokoh Islam yang utama dalam agama dan rujukan umat ini. lebih2 lagi le kalau yang menonjol2kan itu para asatizah dalam blog2 atau web mereka. lebih baik jangan la. wallahu a,lam kalau ada sesiapa pula yang tidak setuju dengan pendapat saya ini mungkin boleh ditambahkan maklumat dengan membuka buku mausuah arabiyah tersebut atau maklumat dari buku atau kitab yang lain .. kalau ada gambar2 yang hampir sama pun mungkin telah di edit dgn photoshop ke atau apa2 program mengedit gambar.. maka hakikatnya adalah ilustrasi yang satu juga