Friday, December 30, 2011

2012 dan transformasi..

tak kisah la azam baru ke,nak pakai kereta baru ke,yang penting setiap hari perlu ada perubahan!perubahan memang diperlukan!

Saturday, September 24, 2011

InsyaAllah.

Hari ini Tuhan beri ujian sangat berat kepadaku.Allahu Allahu..Beratnya Tuhan sahaja yang tahu.Perasaan patah hati yang semestinya kaum Adam dan Hawa sangat mengerti.



Termanggu dalam pening,tersentak dalam menangis..Lepaskan jerit perih namun masih tersarang dihati.



Menulis pada waktu ini adalah sedikit 'ubat' yang mujarab.



Ah,apa guna meratap pedih!dia memang bukan jodoh aku.



Mohon sahaja pada Tuhan,Susah dan senang Tuhan sahaja yang tetap membantuku..



'ubat' mujarab bagiku ketika ini ialah doa!

Monday, May 16, 2011

Akhir Sebuah Impian




tengah layan cerita ini.By the way,ayah aku memang minat cerita lakonan broery marantika dan emilia contessa serta meminati karya lagu hasil dari dua orang seniman ini.!

Monday, April 11, 2011

Mari Ajarkan Aku Tentang Cinta

Mari-mari..

mari ajarkan aku tentang cinta.

Mengenal cinta kepada sang kekasih..



Mari-mari..

mari ajarkan aku tentang kasih

mengenal kasih sang pencinta



Mari-mari..

mari ajarkan aku tentang sayang

mengenal sayang pada Sang pencipta

Sang pencipta,Sang penghidup dan mati.

Yang tak pernah-pernah pupus cinta pada sang hamba

hamba yang selalu ingkar,khilaf,tamak,sombong riak!



Wahai Tuan punya tubuh dan ruh.

MARI AJARKAN AKU TENTANG CINTA..







Wisma Kan Tong jam 11.34malam

Thursday, March 17, 2011

Wisma Kan Tong seminggu ini

Ya,akhir-akhir ini aku terarah ke wisma ini.sekitar tampin..tengah malam agak sunyi di sini.

ah,peduli apa aku dengan kesunyian.selama ini hidup aku penuh sunyi.sunyi dari semua benda.Namun Tuhan tidak pernah membuatkan aku sunyi.Hantaran dan hamburan yang diletakkan pada aku sejak azali tidak sedikit pun aku sesali..



Indah punya Tuhan tidak sesiapa yang akan dapat menyangkal,tapi hanya orang yang tidak mempunyai otak dan tidak akan berfikir tentang Sang Pencipta tubuh badan.

Thursday, March 3, 2011

Sabtu Ini



Sabtu ini aku akan berada di tempat pada gambar diatas.Bukan kerana jayzuan dan geng-geng ipoh itu kawan aku.Sebab aku cakap macam ni sebab ada la makhluk2 yang aku kenali,dok lepak,pergi gig sama-sama,tapi cerita tentang aku dari belakang,jilat orang sana sini,apa punya celaka la orang macam tu,meh jumpa depan2 aku sebat sorang satu.tapi sebab minat aku terhadap talk session yang jarang berlaku seperti membincangkan scene muzik indie rock/grunge.Mana tahu kalau aku boleh bikin benda2 sebegini kat tampin.siapa tahu kan?

nak datang meh la check out link ini

http://www.facebook.com/event.php?eid=108053929273239

Wednesday, February 23, 2011

terima kasih

aku rasa tahun ini banyak benda-benda bermakna dalam hidup aku.itu bukan bermaksud tahun-tahun yang lepas bukan tidak bermakna,tapi banyak projek-projek tergendala dalam hidup aku melingkupi apa benda pun akhirnya dapat diatasi.


lu orang agak apa jawapan dsebalik semua ini??


satu perkataan sahaja 'SABAR'

Monday, February 14, 2011

Kecintaan

hari berkasih sayang bukan sehari sahaja,malah 365 hari boleh berkasih sayang.Sama juga hari Maulid,bukan sehari nak ingat Rasulullah,365 hari malah lebih lagi kita sepatutnya mengingati Rasulullah.

Thursday, February 10, 2011

| berjam-jam menunggu polvo.sabar!