Kita sebagai umat yang beriman mesti yakin dan percaya bahawa setiap kejadian dan apa yang berlaku merupakan antara tanda yang membuktikan kekuatan dan kekuasaan Allah. Manusia tidak mampu memberi manfaat apatah lagi mendatangkan kemudharatan kepada orang lain kerana hanya Allah sahaja yang mampu melakukannya terhadap makhluk ciptaanNya. Kita juga yakin bahawa ada antara punca turunnya sesuatu bala atau bencana termasuk petir yang kuat, banjir besar, ribut taufan, gempa bumi, tsunami ke atas umat manusia disebabkan oleh kesalahan mereka sendiri.
Antaranya sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah di mana katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : ” Apabila umatku telah membuat 15 belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1. Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan
3.Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut sahaja kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan anak tadi dalam masa yang sama terlalu mementingkan kawannya
7.Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya
8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid (berbual kosong tentang keduniaan)
9. Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka
10. Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya
11. Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13. Para artis disanjung tinggi
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (mencaci) generasi pertama (para sahabat nabi dan ulama’)
Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi makhluk lain (seperti kera, babi dan sebagainya)
sumber dan bahan rujukan:
1.Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, al-Qiamah al-Syughra, jilid 1, Dar al-Nafais, cet. ketujuh 1997
2.Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Pustaka Darus Salam, cet. kedua 2000
Showing posts with label bala'. Show all posts
Showing posts with label bala'. Show all posts
Sunday, June 7, 2009
Monday, May 11, 2009
wabak yang datang dari tuhan
Dalam kita sedang asyik berguling dan bersuka ria dengan nikmat ALLAH S.W.T,kekadang kita sebagai manusia memang lupa dengan apa yang di beri,dan langsung bersikap hilang taat padaNYA..
sejarah islam telah membuktikan bala' dan waba' yang ALLAH S.W.T turun kan adalah untuk memberi peringatan pada ummah islam yang akan datang supaya taat dan ikuti perintahNya dan jangan sekali-kali kita mengingkarinya..
sebelum ini juga telah banyak bala' dan waba' seringkali menjengah kehidupan kita sehari-hari.Dan tidak terkecuali juga di malaysia.Terbaru sekali tentang flu babi yang menyerang dunia..ALLAHU RABBI,sesunggguh nya tidak kah kita rasa bersalah pada diri kita kerana telah banyak mengingkari 'kata-kataNya'?dan pernah kah kita menyedarinya
di bawah ini saya lampirkan doa' untuk keselamatan dan menjauh kan kita dari waba'.wahai sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH,marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita pada ALLAH yang telah menghidupkan kita selepas tidur malam yang nyenyak,makan dengan selera yang sedap,sambil membuat perkara-perkara yang kita gemari..

p/s; doa ini memang saya ambil sendiri semasa majlis bersama mufti negeri sembilan beberapa tahun lepas..:)

Subscribe to:
Posts (Atom)