Dia terasa bahawa dirinyalah yang saya maksudkan pada entri lalu. Namun tidak pula dia meminta maaf. Barangkali masih mahu mempertahan ego di muka sendiri yang sudah terpalit arang. Maka dengan tiba-tiba dia menukar watak hitamnya kepada warna yang lebih cerah sedikit (kalaupun tidak putih) untuk mengalih perhatian saya daripada terus memandangnya dengan pandangan hakim kepada seorang pesalah di kamar tertuduh. Entah sampai bila dia mahu menanam tebu di pinggir bibir, macamlah tebu-tebu itu boleh bertukar menjadi seorang peguam hebat yang bercakap dengan lidah biawak demi membantunya menegak benang lencun. Tetapi saya tidak akan tertipu dengan helah ini.
Oleh itu, nasihat saya kepada anda para pembaca; berhati-hati dengan semua orang di sekeliling kita walaupun kawan anda sendiri, tidak kiralah samada kawan anda itu sama jantina dengan anda ataupun tidak kerana kita sesungguhnya tidak tahu apa yang ada di dalam hati manusia. Sesiapapun boleh menjadi duri di dalam daging, musuh di dalam selimut, gunting di dalam lipatan atau pepat di luar, rencong di dalam. Ya, sesiapapun.
Terkejutkah anda?
Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts
Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
