Wednesday, May 27, 2009

selalulah bersangka baik

Photobucket


gambar di atas merupakan gambar seorang blogger yang posting gambar saya di blog nya berkenaan posting comment saya di blog ustaz nik abduh nik abdul aziz.

sila cari di laman sesawang www.sufianblog.com

saya di sini nak mengucapkan padanya terima kasih dan selalu lah posting gambar saya.

saya selalu bersangka baik pada manusia khususnya pada sufian ini..tapi jangan lah berbohong wahai sufian,ALLAH melihat apa yang anda lakukan dan tuliskan di blog..

SILA LIHAT POSTING PYAN KEMAIN TU DI TAJUK PENGAKUAN "UMNO KAFIR,UNDI PAS BERPAHALA DAN TAJUK TAATI PEMERINTAH : MUFTI PERAK VS MURSYIDUL AM PAS.

TERANG-TERANG DI POSTING TAATI PEMERINTAH : MUFTI PERAK VS MURSYIDUL AM PAS ADA EDITAN PADA POSTER ASAL GAMBAR TERSEBUT


PADA POSTING UMNO KAFIR,UNDI PAS BERPAHALA DIKATAKAN DISITU BAHAWA 'USTAZ INI BERJAYA DIKHAWARIJ KAN OLEH ULAMA-ULAMA SUK DI DALAM PAS"


SAYA MAHU BERITAHU KEPADA PYAN ITU,JELAS TANDA-TANDA PENGHINAAN KEPADA TUAN GURU NIK AZIZ DAN ULAMA PONDOK YANG PALING PENTING DALAM MENCETUS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU,WALAUPUN SECARA 'BIAS'.PADA PENDAPAT SAYA PYAN INI LEBIH HEBAT DARI GURU ALIM PONDOK SETANAH MELAYU SEBAB SECARA TERANG MENGHINA INSTITUSI PONDOK YANG TELAH BANYAK BERJASA.SUDAH TERANG LAGI BERSULUH BAHAWA UMNO ITU TIDAK MAHU MEMAKAI AL QURAN,HADITH,IJMA' ULAMA DAN QIAS DALAM MENTADBIR NEGARA MALAYSIA.

INIKAH FIIL YANG DI KATAKAN PENGIKUT MANHAJ SALAFUS SOLEH,MANHAJ NABAWIYYAH YANG DIKATAKAN OLEH PYAN KEMAIN-MAIN ITU??

SAYA SERAH KAN KEPADA ALLAH TAALA UNTUK MENILAIKANNYA..


MOGA KITA UMAT ISLAM YANG MENDOKONG AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH TERLINDUNG DARI KESESATAN DAN FITNAH DUNIA SERTA AKHIRAT!


ALLAHUMMA BARIKLANA FIHA
ALLAHUMMA BALIKLANA FIHA
ALLAHUMMA BARIKLANA FIHA..

Friday, May 22, 2009

tanya iman dan takwa

jika benar faham dalam perjuangan khususnya pejuang islam,jangan gusar dan khuatir akan kekalahan dan kejatuhan wahai muslim sejati..


Allah dah letak kan takdir dalam berjuang ini ada kalah,ada menang..


bila tumbang,ingat lah selalu pada ALLAH yang kebenaran hakiki akan tiba

bila menang,ingat lah selalu bahawa ALLAH bisa menguji kita dengan kekalahan yang selalunya tidak diduga..


kebenaran dan akhir sebuah cerita suci hanya akan mucul tatkala hampir nya dunia kian musnah

lalu tanya iman dan takwa kita,bersedia kah kita akan perjuangan seterus nya..??

lalu tanya iman dan takwa kita,adakah kita tabah untuk cabaran,dugaan,mehnah dan keji yang akan mendatang??


p/s: beli,berguru,dan tahqiq akan kitab 'la tahzan',baru kamu tahu apa itu perjuangan

Wednesday, May 20, 2009

gambar al hujjatul islam imam al ghazali?

assalamualaikum,sumber ini saya dapat kan dari http://www.pondoktampin.blogspot.com


Photobucket




Assalamualaikum semua.. saya ditanya soalan yang sama dan hampir sama... adakah benar ini gambar imam ghazali hujjatul islam, pengarang kitab2 fikah al wajiz, al basith , al wasith , prngarang kitab2 ushul fikh , pengarang Ihya Ulumiddin yang terkenal, pengarang kitab2 ilmu Tawhid dan lain2..?.,,, . Saya hanya menjawab : Saya ada terjumpa dalam buku Kiyai Haji Sirajjuddin Abbas bertajuk "Kemuskilan Agama - mengandungi lima puluh soal-jawab keagamaan." (bukan buku 40 masalah agama ) mengatakan beliau tidak setuju gambar tersebut sebagai gambar imam ghazali.. beliau ada menyebutkan dalam mausuah arabiyah halaman 611. kalau tak silap saya , itu gambar buatan jibran khalil jibran... seorang pelukis Libnan beragama Kristian lahir pada tahun 1883 tinggal dunia diamerika tahun 1931. .. jadi.. pada pendangan saya (Haji Abd Raof ni la).. Tidak seyogia dan tidak bagus kalau gambar yang sepertiitu dinisbahkan kepada al Imam Ghazali,, Tokoh Islam yang utama dalam agama dan rujukan umat ini. lebih2 lagi le kalau yang menonjol2kan itu para asatizah dalam blog2 atau web mereka. lebih baik jangan la. wallahu a,lam kalau ada sesiapa pula yang tidak setuju dengan pendapat saya ini mungkin boleh ditambahkan maklumat dengan membuka buku mausuah arabiyah tersebut atau maklumat dari buku atau kitab yang lain .. kalau ada gambar2 yang hampir sama pun mungkin telah di edit dgn photoshop ke atau apa2 program mengedit gambar.. maka hakikatnya adalah ilustrasi yang satu juga

Friday, May 15, 2009

kebodohan budak zaman sekarang

kehebatan budak-budak zaman sekarang ialah beli kitab agama dan baca tanpa berhalaqah dengan guru.saya begitu tidak memahami fiil budak-budak zaman sekarang.



banyak juga saya baca melalui blog-blog picisan mereka yang tentulah pro kerajaan dan mengutuk pembangkang.maaf,saya bukan orang pembangkang.tapi nak berhujah biar pakai hadith yang sahih,bukan daif dan maudhu serta perawi yang meragu kan

hah,bagi saya nampak sangat kebudak-budakan nya mereka..apa barang 'copy and paste' hujah kan lah hadith yang kamu kutip dalam kitab 'rasul dahri' tu,dan mari berhujah dengan saya.

eh,silap!
tak main lah dalam blog,mari jumpa lah amacam.



p/s;kalau budak-budak dah berani kata maulid nabi tu haram,hebat lah mereka dari jaafar al barzanji..:)

Monday, May 11, 2009

umno 63 tahun

hari ini genap lah ulang tahun ke 63 UMNO.sepanjang hidup saya,tidak pernah pun saya menjadi ahli kepada parti ini kerana corak pemikiran saya tidak berminat kepada kaum semata-mata.



semasa saya kecil dahulu banyak juga saya dengar ceramah-ceramah yang di sampaikan(sewaktu kecil saya selalu dibawa oleh emak dan bapa saya mendengar,sebab dulu emak dan bapa saya ahli umno,tapi sekarang tidak lagi) oleh pemimpin-pemimpin umno ini berkenaan politik dan islam perlu di asing kan.
dan pernah saya dengar dari mulut-mulut pemimpin mereka tentang tidak lah boleh berpolitik di atas masjid kerana masjid itu adalah rumah ALLAH dan kita tidak boleh mengotori masjid dengan politik..


tapi gambar yang saya ambil tadi di kampung saya mencerita kan segala-gala nya,mereka telah mungkir pada janji nya dan 'mengotorkan' rumah ALLAH



Photobucket



soalnya,Rasulullah S.A.W dahulu nya membina negara islam madinah dan makkah di mana?
Rasulullah berdiplomasi dan berpolitik dahulu kala di mana kah?



fikirkan sejenak...:)

wabak yang datang dari tuhan

Dalam kita sedang asyik berguling dan bersuka ria dengan nikmat ALLAH S.W.T,kekadang kita sebagai manusia memang lupa dengan apa yang di beri,dan langsung bersikap hilang taat padaNYA..


sejarah islam telah membuktikan bala' dan waba' yang ALLAH S.W.T turun kan adalah untuk memberi peringatan pada ummah islam yang akan datang supaya taat dan ikuti perintahNya dan jangan sekali-kali kita mengingkarinya..


sebelum ini juga telah banyak bala' dan waba' seringkali menjengah kehidupan kita sehari-hari.Dan tidak terkecuali juga di malaysia.Terbaru sekali tentang flu babi yang menyerang dunia..ALLAHU RABBI,sesunggguh nya tidak kah kita rasa bersalah pada diri kita kerana telah banyak mengingkari 'kata-kataNya'?dan pernah kah kita menyedarinya

di bawah ini saya lampirkan doa' untuk keselamatan dan menjauh kan kita dari waba'.wahai sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH,marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita pada ALLAH yang telah menghidupkan kita selepas tidur malam yang nyenyak,makan dengan selera yang sedap,sambil membuat perkara-perkara yang kita gemari..

Photobucket




p/s; doa ini memang saya ambil sendiri semasa majlis bersama mufti negeri sembilan beberapa tahun lepas..:)

Tuesday, May 5, 2009

sekilas pandang

salam jam 03.32 petang..



dalam berminggu saya tidak meng'update' blog..banyak kerja dalam dan luar harus di siapkan secepat mungkin..


beberapa hari lepas ada berjumpa rakan lama sekolah..lepak-lepak bersama nya.lama lah juga tidak bersua muka dan bergurau senda..macam-macam perihal dan cerita,cerita dunia,politik,dan agama..


tapi cerita agama memang lah sedap,macam makan nasi bertambah-tambah sebab di dalam cerita agama tu,dapat banyak ilmu..


kawan lama saya ini belajar jauh nun di timur tengah,dan sekarang ni nak tambah ilmu di pondok dan madrasah berhampiran rumah saya.Alhamdulillah


dia bercerita tentang hukum-hukum dalam islam yang sememang nya saya mengerti sedikit sebanyak nya..dia bukan orang politik kerajaan,bukan politik pembangkang..
bagi nya,hukum islam perlu di buat tanpa rasa ragu-ragu dan segan


banyak juga kami berdua berbual lalu kawan saya mengakhiri ayat yang berbunyi "rasulullah berpolitik atas masjid cari kesepaduan,perpaduan dalam ummat islam,lalu kenapa perlu sekarang pula 'di ampaikan di pagar masjid'??

kata-kata itu mengingat kan saya tentang seorang alim ulama terkenal...



saya tersenyum sendiri..:)

sekian



amar husaini ismail