Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Sunday, June 14, 2009

Majlis Bicara Ilmu Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al Banjari


Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu
Ulama Tersohor Nusantara


Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng,
Ampangan Km 3 Jln Jelebu
Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : Selepas Solat Maghrib

Pencinta Ilmu Dijemput Hadir

Sedikit Biodata ringkas Syeikh Nuruddin


Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kitamempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah
s.w.t.



BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :
Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).



Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.


Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At- Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah)




SUMBER : http://alqasam.blogsome.com/2007/05/15/syeikh-nuruddin-yang-saya-kenali/

: http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/06/majlis-bicara-ilmu-bersama-ulama.html

Monday, June 1, 2009

Ahli Sufi Dan Jihad






Assalamualaikum semuo..

akhir-akhir ni ese ado terimo komen dari kengkawan kito yang marah bebona an tontang tajuk wahabi ni..ese pon x paham napo ghoma bona bak kato oghang tuo-tuo kito,lobih kuah dari sudu eh.Namun tak po lah,ese ghoma rai kan mereko-mereko ni dan rai kan perbezaan khilaf sobagai tando berilmu dan masing-masing harap eh respek lah dengan penulisan sayo.Dalam ese punyo kepalo hotak yang berjambul ini,tidak ado niat lah nak ngoba an sapo-sapo,cumo kalau teraso podeh eh,ese mintak maaf lah dari ujung rambut yang bercabang sampai lah ujung jari kaki yang berchagu tu..

ese maleh nak melayan dan mengombong cakap-cakap waghih kito yang tak sampai aka eh..cumo kalau ghaso x suai dongan blog ni,poie lah jauh-jauh dan duduk lah dalam blog yang ekau raso suai tu..

bercakap pado malam ini,ese nak tunjuk dan sebarkan ilmu yang ado dalam kitab ini.buku eh karangan Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani,wakil am Lajnah Tertinggi Dakwah Islamiyyah Universiti Al Azhar,Mesir.buku ni adolah terjemahan koteh kojo yang dibontangkan di dalam seminar antarabangsa untuk para imam dan pendakwah dari negara islam pado tahun 1986(ese kocik laie time ni) di kaherah,Mesir dan di torbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.cumo eh ese nak amik tajuk kocik dalam buku ini bertajuk 'AHLI SUFI DAN JIHAD'


AHLI SUFI DAN JIHAD

apabila diteliti sejarah perjalanan para sufi,kita akan mendapati mereka cinta kepada kedamaian,jihad dan beramal.tidak sedikit daripada kalangan mereka yang telah gugur sebagai syuhada' di medan perang.memadailah bagi kita kisah jihad para sufi ini sebagai hujjah yang membuktikan semangat kepahlawanan dan keberanian mereka.hal ini bertepatan denagn hadith yang bermaksud,



"jihad yang 'afdhal' ialah menyatakan kebenaran di hadapan perintah yang zalim."


Mereka tidak menghiraukan ancaman mata pedang pemerintah ketika menghadap dan memberi nasihat kepada mereka.

dari segi jihad,mereka merupakan pahlawan yang gagah berani di medan perang,sebagai mujahid menghapuskan musuh serta terlibat sama membuka negara-negara islam.Hatim al-asom berkata"jihad terbahagi kepada TIGA

1.jihad kamu yang tersembunyi dalam menentang syaitan sehingga kamu mengalahkannya.

2.jihad yang nyata dengan menunaikan kefardhuan sehingga terlaksana.

3.jihad memerangi musuh-musuh ALLAH untuk memuliakan AGAMA ISLAM.


Ahmad bin Al-hawari berkata"berada di "ribat" dan di medan perang adalah nikmat kerehatan yang sangat berharga.sekiranya seseorang hamba itu letih beribadat,dia akan berehat tetapi bukan dengan jalan kemaksiatan."

para sufi telah membina "ribat-ribat" mereka sebagai markas untuk mereka beribadat kerana menyahut seruan ALLAH sepertimana firmanNYA






Yang Bermaksud, wahai orang-orang yang beriman!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkan lah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH semoga kamu berjaya (mencapai kemenangan).


(Surah Ali-Imran Ayat 200)


di dalam ensiklopedia Islam yang dikarang oleh orientalis telah dengan panjang lebar membahaskan tentang 'Ribat' dan 'Zawiyah' para sufi.

Sejarah telah menceritakan penglibatan Syeikh-Syeikh Sufiyyah di dalam peperangan,sebagai contohnya Al-Syazili,Al-Eiz bin Abdul Salam,Ibn Daqiq al-'eid,Ahmad Al-Badawi,Ibn Ato'illah dan lain-lain lagi.Manakala mereka yang terlibat dengan perang Salib pula seperti Abdul Qadir Al-Jazairi dan Omar Mokhtar dalam menentang penjajah.



sepertimana yang disebutkan oleh Al-jibarti bahawa kekalahan tentera perancis adalah ditangan anak-anak tareqat suffiyah




"ini mengingatkan kita apa yang sepatutnya di lakukan oleh orang-orang tareqat sekarang untuk bersedia mengatur saff-saff mereka dan mengingatkan mereka tentang kewajipan mereka terhadap Agama serta risalah Islamiyyah supaya ia boleh melampaui sempadan dan halangan yang ada."

Sunday, May 31, 2009

renungan buat hari ini

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari
ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..