Sunday, June 7, 2009

Mogok Lapar: antara pandangan

Assalamualaikum semua


Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

" “ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”


sila buka laman web Syikeh Dr. Yusuf Al-Qaradawi berkenaan mogok lapar di http://www.qaradawi.net


dan di bawah adalah pendapat dari saudara salman maskuri di

http://akhisalman.blogspot.com/2009/05/hukum-mogok-lapar-menurut-pandangan.html





Friday, May 29, 2009
Hukum mogok lapar menurut pandangan Islam


Mukaddimah
Berhubung isu mogok lapar yang akan dilaksanakan oleh rakyat Perak sebagai tanda protes untuk dibubarkan dun negeri Perak, dan supaya Piliharaya dapat diadakan. Terdapat beberapa pendapat dari agamawan Malaysia yang bertindak mengharamkan mogok lapar tersebut. Maka post kali ini akan mengupas pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia berkenaan hukum mogok lapar. Pandangan mereka ini berdasarkan mogok lapar dari pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya, kes tahanan penjara Guantanamo yang melakukan mogok lapar.
Peristiwa mogok lapar di zaman Nabi saw

أن سعد بن أبي وقاص- رضي الله عنه- قال: "كنت رجلاً برًّا بأمي، فلما أسلمت قالت لي: يا سعد، لتتركن دينك هذا أو لا آكل ولا أشرب حتى أموت، فتعيِّرك العرب فتقول: يا قاتل أمه، فقلت لها: يا أمي، لا تفعلي؛ فإني لا أدع ديني هذا لشيء أبدًا، فمكثَت يومًا وليلةً لا تأكل، فأصبحت قد جهدت، فمكثَت يومًا آخر وليلةً وقد اشتدَّ جهدها، فلما رأيت ذلك قلت: والله يا أمي.. لو كان لك مائة نفس فخرجت نفسًا نفسًا ما تركت ديني هذا لشيء، فإن شئت فكلي وإن شئت فلا تأكلي، فلما رأت إصراري على ذلك أكلت.. فأنزل الله تعالى: ﴿وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا﴾ (لقمان: 15).

“sesungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas ra berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang yang amat berbuat baik kepada ibuku. Bila aku masuk Islam, Ibuku berkata “Hai Saad, samada engkau tinggalkan agamamu ini atau aku tidak makan dan minum sehingga aku mati(mogok lapar), hingga menyebabkan orang arab akan mencela mu dengan berkata “Wahai pembunuh ibunya.” Aku pun berkata kepada ibuku “Wahai ibu, janganlah kamu buat begitu, sesungguhnya aku tidak akan tinggalkan agamaku ini selama-lamanya.” Lalu ibuku tidak makan sehari semalam sehingga dia lemah. Bila berlalu dua hari tanpa makan dia bertambah lemah. Bila melihat demikian aku berkata kepadanya “Demi Allah wahai ibuku … kalaulah engkau ada seratus nyawa dan satu persatu nyawamu hilang, aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama ku ini. Kalau engkau mahu makan, maka silalah makan, dan jika engkau hendak mogok maka silalah mogok.” Bila ibuku melihat kesungguhanku mempertahankan Islam, dia pun makan. Maka turunlah ayat:

“Dan sekiranya kedua ibu bapamu berusaha bersungguh-sungguh untuk mu melakukan syirik kepadaku maka janganlah kamu mentaati mereka dan dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik.” (15 : Luqman)
Hadis riwayat Abu Ya'la dan Thabrani

Hukum mogok lapar
Ada dua keadaan bagi mogok lapar ini:

Keadaan Pertama: Mogok sehingga mati atau memperolehi kemudaratan yang besar.

Para ulama sepakat mengatakan ini adalah haram.
Dalil-dalinya:-

1. Firman Allah:- ﴿وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾ (البقرة: من الآية 195)

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.”


2. ﴿وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ﴾ (النساء: من الآية 29)

“Dan janganlah kamu saling membunuh sesama kamu.”

3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan perkara mudarat kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan Dar al-Qutni – imam Nawawi mengatakan ini hadis hasan)

Keadaan Kedua:Adapun sekiranya mogok lapar yang tidak membawa kepada kebinasaan, maka para ulama masa kini terbahagi kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Mereka berpendapat, mogok lapar adalah perkara yang dilarang oleh Islam walau apa pun tujuan. Ia adalah satu perbuatan yang menyeksa diri sendiri. Sekiranya mati , ia dikira sebagai bunuh diri.




Ini Adalah pendapat Syeikh Atiah Saqar mantan pengerusi Lajnah Fatwa Mesir dan Prof Dr Hasan Abdul Ghani Abu Guddah.

Pendapat Kedua: Mereka berpendapat sekiranya mogok lapar bagi orang yang dizalimi untuk mendapat perhatian umum bagi melepaskan diri dari kezaliman atau mendapatkan hak mereka, ia diBENARKAN. Ini sekiranya, mogok lapar cara yang terakhir dan boleh memberi kesan. Ia adalah satu perbuatan terpuji jika menyebabkan musuh-musuh Islam yang menzalimi rasa marah dengan tindakan mogok ini. Mereka marah kerana mogok ini mengundang simpati masyarakat setempat dan dunia terhadap mereka yang mogok yang dizalimi. Menyebabkan musuh-musuh Islam marah adalah suatu amalan yang soleh. Firman Allah swt:

‘ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار، ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح’. التوبة : 120

“Dan apabila mereka memijak tempat orang-orang kafir sehingga menyebabkan orang-orang kafir marah dan apabila mereka itu mencederakan atau membunuh orang kafir maka akan ditulis sebagai amalan soleh bagi mereka.” (surah taubah: 120)

Ini sekiranya mogok tersebut tidak sampai kepada binasa diri. Sekiranya begitu, maka hendaklah mereka berhenti dari mogok tersebut serta merta.

Ini adalah pendapat Syeikh Yusuf Qardawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam seDunia, Syeikh Faisal maului Timbalan Pengerusi Akademi Fatwa dan kajian bagi eropah, Syed Muhammad Husain Fadlullah Ulama syiah lubnan, Dr Muhammad Mahrus Ketua Lajnah Fatwa bagi Kesatuan ulama Iraq dan Syeikh Soleh al-Fauzan ulama Saudi.

Kesimpulannya:
Sekiranya ini adalah senjata yang terakhir(mogok lapar) dan memberi kesan untuk mendapatkan matlamat yang dibenarkan oleh syara’ atau menghindari dari kezaliman maka ia dibenarkan dan malahan ia dituntut.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Jawahir Lu’luiah oleh Dumyati,
Laman web:
1. Ikhwanonline
2. alraedh-maktoobblog.com
3. ahlalhdeeth.com

4 comments:

  1. tapi kalau mogok lapar nanti tak ada tenaga pulak. macam mana tu? hehe.

    ReplyDelete
  2. yea. tapi mogok lapar bilo nak buko pulak. tak peduli dek kerajaan do. yang ponting kuaso yo.

    ReplyDelete
  3. jawapan nya ada di dalam blog tu..>:)

    ReplyDelete