Thursday, May 28, 2009

cerita kotemporari

mungkin ini yang selalu di kata kan oleh orang ketika ini.bagi saya itu pendapat orang dan saya amat menghormati tentang ketaatan kepada pemerintah.

sekali lagi saya ulang maksud ayat al quran ini

Firman Allah Taala

سُوۡرَةُ النِّسَاء
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah an-Nisa: ayat 59)



banyak orang bercakap tapi tak habis cakap,serupa jua dengan membaca al quran..mereka mengambil maksud yang sedikit hanya kerana untuk kepentingan sendiri,dan bukan kepentingan ummah islam keseluruhannya..contohnya mereka mengambil sedikit sahaja dari ayat ini,
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu"


tetapi mengapa tidak disambung terus dengan "Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."


kenapa begitu??


Allah menasihat kan kita bahawa pabila berselisih faham,rujuk dan kembali kepada AL quran dan sunnah,bukan suruh bikin tafsiran sendiri..


sila pula rujuk ayat ini



يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٠٨)



" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

surah al baqarah,ayat 208

Allah memerintah kan kita supaya mengambil islam itu sepenuh nya dan cara yang lain adalah di kira dari langkah-langkah syaitan,di antara langkah2 syaitan itu ialah beramal dengan sebahagian dari hukum islam dan meninggalkan sebahagian dari hukum tersebut..



cuba kita renung kan hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanad Abi Sa’id Al-Khudry ra. ia berkata, Ra¬sulullah SHALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِن لَّمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِن لَّمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

ertinya: siapapun di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubah kemungkaran tersebut dengan tangan, jika tidak sanggup merubah dengan tangannya, hendaklah dia rubah dengan lidah dan jika masih tidak sanggup, hendaklah ia rubah dengan hati. Dan itulah iman yang paling lemah. (HR Imam Muslim)


Allah Ta’ala telah mengingatkan Rasulullah S.A.W tentang masalah itu sebelumnya. Allah berfirman dalam Qur’an Surah. Al-Maidah 49-50:

(وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيْدُ اللهُ أَنْ يُصِيْبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوْبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيْراً مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُوْنَ، أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُوْنَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوْقِنُوْنَ) [المائدة: 49-50]

Ertinya: “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin”.

Ayat ini didahului oleh firman Allah dalam Qur’an surah Al-Maidah 44:

(وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ)

Ertinya: Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

Dan setelah ayat ini terdapat pula dua ayat yang menerangkan bahawa siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang ZALIM dan orang-orang fasiq.

Lalu bagaimana mungkin seorang Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T dan percaya kepada Al-Qur`an bila mereka mendengarkan ayat-ayat yang sudah sangat jelas, hadits-hadits dan semua hukum yang terkait dengan masalah ini, lantas berhukum dengan perundang-undangan yang bertentangan dengannya?


jadi sebenarnya kita di mana???



5 comments:

  1. Hanya pemimpin Islam yg berhukum dgn hukum syarak sahaja wajib ditaati dan jika tidak berhukum dgn hukum Allah dan berlaku zalim maka tidak wajib. Ini adalah prasangka yg silap dan batil, kerana menurut hadis sahih, athar dan fatwa para ulamak muktabar menunjukkan keumuman pemimpin walaupun tidak berhukum dgn hukum Islam, zalim dan kejam, kerana syarat utama pemimpin yg dimaksudkan oleh hadis-hadis sahih ialah beragama Islam, bersolat dan berdaulat (dipilih secara sah), maka ia wajib ditaati oleh sekalian rakyatnya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-ssalam bersabda:

    "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yg tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dgn panduan sunnahku. Akan muncul pula dikalangan kamu orang-orang yg hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: HENDAKLAH KAMU MENDENGAR DAN TAATI KEPADA PEMIMPIN walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta bendamu." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    "Dari Wali radiallahu 'anhu berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yg menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) Sentaiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yg mereka kerjakan dan atas kamu apa yg kamu kerjakan." - Hadis Riwayat Muslim.

    Dari Abdullah bin Masoud radiallhuanhu berkata. Rasulullah bersabda:

    "Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yg merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yg kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yg engkau perintahkan pada kamu wahai Rasulullah!? Baginda bersadbda: Tunaikanlah kewajiban kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapat hak kamu." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Imam Nawawi berkata tentang hadis diatas:

    "Dalam hadis ini terdapat suatu perintah supaya mendengar dan taat, walaupun sipenguasa zalim dan kejam. Hak untuk ditaati tetap wajib dijunjung, tidak boleh memberontak kepadanya. Bahkan semestinya tetap bertakarrub dan berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kejahatannya dan menolak keburukkannya."

    Ibnu Allan rahimahullah pula berkata:

    "Pada hadis ini ada perintah supaya bersabar menghadapi takdir Allah dan redha atas ketetapan yg manis atau yg pahit, serta pasrah terhadap kehendal Allah Taala yg Maha Mengetahui lagi Maha Bijak sana."

    Pemimpin, penguasa atau pemerintah wajib ditaati kecuali setelah terbukti ia melakukan kufur yang nyata.

    ReplyDelete
  2. "Hanya pemimpin Islam yg berhukum dgn hukum syarak sahaja wajib ditaati dan jika tidak berhukum dgn hukum Allah dan berlaku zalim maka tidak wajib"

    itu sudah nyata mengatakan bahwa itu adalah ciri2 ulil amri yang patut di taati saudara

    habis xkan pula ayat al quran dan hadith yang jadi pedoman dan petunjuk umat manusia khususnya umat melayu yang saya lampirkan di atas salah saudara??

    saudara ingat saya buat benda macam ini ikut nafsu ke?ikut politik ke??


    kufur melata dimana2 saudara,selagi tidak tertegak hukum ALLAH di malaysia,selagi itu tetap begitu

    ReplyDelete
  3. Saudara kene baca sambungannya: "...Ini adalah prasangka yg silap dan batil, kerana menurut hadis sahih, athar dan fatwa para ulamak muktabar menunjukkan keumuman pemimpin walaupun tidak berhukum dgn hukum Islam, zalim dan kejam, kerana syarat utama pemimpin yg dimaksudkan oleh hadis-hadis sahih ialah beragama Islam, bersolat dan berdaulat (dipilih secara sah), maka ia wajib ditaati oleh sekalian rakyatnya."

    Tiada diperintahkan untuk mentaati pemimpin pembangkang, tiada Allah dan Rasulnya memerintahkan agar pemerintah Islam ditumbangkan.

    Saya berpandukan AlQuran... AlHadith... serta Athar Para Sahabat (sama macam maksud Ahli Sunnah Waljamaah). Bila tunduk dgn dalil (burhan), maka tak ikut nafsu ler.

    Doakan suatu hari nanti Pemerintah Islam menegakkan Hukum Allah di Malaysia, InsyaAllah.

    Nampaknya logik akal saudara jauh lebih hebat dari Allah, Rasul, Para sahabat dan ulamak ulamak salaf. Oleh itu, Saya berasa sungguh kagum dgn saudara!

    p/s: Tauhid Hakimiyah... Tauhid Hakimyah...

    ReplyDelete
  4. saya x kata pun di perintahkan untuk metaati pemimpin pembangkang..

    yang jadi persoalan nya ciri2 ulil amri yang patut di taati saudara..

    jangan lah melalut terlalu lebih sampai kebenaran hadith sendiri anda x nampak..

    (وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ)

    Ertinya: Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

    saya berlogik akal berpandukan kitab ALLAH,HADITH RASULULLAH,ULAMA DAN QIAS DAN ITU DI SEPAKATI JUMHUR ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MALAYSIA,

    APA YANG SAYA TULIS BERSANDARKAN AL QURAN,HADITH,IJMA ULAMA DAN QIAS..

    JIKA SAUDARA XTERIMA PENULISAN INI SAYA PUN XTAU LAH ANDA INI SEBENAR NYA APA..:)

    SAYA MEMANG BERDOA SETIAP HARI AGAR TERTEGAKNYA PEMERINTAHAN ISLAM DI MALAYSIA..
    SAUDARA PUN KENA DOA KAN TIAP2 HARI YA..:)

    TERIMA KASIH KERANA COMMENT

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya Alla Taalalah pemberi Hidayah...

    ReplyDelete