Thursday, May 28, 2009

pepat di luar,rencong di dalam

Dia terasa bahawa dirinyalah yang saya maksudkan pada entri lalu. Namun tidak pula dia meminta maaf. Barangkali masih mahu mempertahan ego di muka sendiri yang sudah terpalit arang. Maka dengan tiba-tiba dia menukar watak hitamnya kepada warna yang lebih cerah sedikit (kalaupun tidak putih) untuk mengalih perhatian saya daripada terus memandangnya dengan pandangan hakim kepada seorang pesalah di kamar tertuduh. Entah sampai bila dia mahu menanam tebu di pinggir bibir, macamlah tebu-tebu itu boleh bertukar menjadi seorang peguam hebat yang bercakap dengan lidah biawak demi membantunya menegak benang lencun. Tetapi saya tidak akan tertipu dengan helah ini.

Oleh itu, nasihat saya kepada anda para pembaca; berhati-hati dengan semua orang di sekeliling kita walaupun kawan anda sendiri, tidak kiralah samada kawan anda itu sama jantina dengan anda ataupun tidak kerana kita sesungguhnya tidak tahu apa yang ada di dalam hati manusia. Sesiapapun boleh menjadi duri di dalam daging, musuh di dalam selimut, gunting di dalam lipatan atau pepat di luar, rencong di dalam. Ya, sesiapapun.

Terkejutkah anda?

3 comments:

  1. SAYA TOLONG COPY DAN PASTEKAN KENYATAAN. TIDAKKAN SAUDARA SUDAH MELAMPAUI BATAS! APA PUN SAYA SENTIASA BESABAR DAN MAAFKAN. SAYA JUGA MEMOHON MAAF JIKA SAUDARA INGINKAN SAYA BERBUAT BERGITU TETAPI SYARATNYA, DEMI ALLAH DAN HENTI MENGHENTAM SAYA.

    Benarkah? ALHAMDULILLAH, Baguslah kalau saudara tiada niat. ALLAH sebaik-baik saksi!

    SAYA BAWAKAN BUKTI BAHAWA TUDUHAN SAYA ITU BERASAS:

    1 - Saudara tulis posting itu sewaktu/selepas berdiskis dgn saya diruang komen blog ini. Tarikhnya posting yg bertajuk "kebodohan budak zaman sekarang" itu pada 15 May 2009.

    2 - Diruang komen blog saya. Saya pernah meminta pembaca agar merujuk 3 buah kitab untuk pemahan lebih lanjut, saya turut meminta agar rujuk pada mereka yg mengetahui tentang perkrra tersebut (bergurulah).

    3 - Blog saya pro kerajaan dan mengutuk pembangkang.

    4 - Saudara menyebut tentang Ustaz Rahsul Dahri.

    5 - Saya pernah post tentang kebidahan Maulid Nabi.

    TETAPI SERIBU KALI MALANGNYA APABILA SAYA MEMINTA SAUDARA BUKTI DIMANA SAYA TELAH "SEDIKIT MENGHINA TGNA", SAUDARA BEBERAPA KALI TELAH MENGELAK UNTUK MENJAWABNYA!

    ALLAH TAALA MENJADI SAKSI!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..


    terima kasih,saya maaf kan anda..:)

    ReplyDelete
  3. Waalaikummussalam,

    Berdiskusilah secara ilmiah.

    ReplyDelete